ASSALAMUALAIKUM...



PARA PENYOKONG KELAB BOLASEPAK JDT DIJEMPUT HADIR BAGI MERAIKAN KEJAYAAN JDT MENJUARAI LIGA SUPER BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT

Satu majlis sambutan besar-besaran akan diadakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berikutan kejayaan melakar sejarah menjadi kelab pertama dalam negara merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut. Sambutan ini akan diadakan sebaik selepas perlawanan menentang Kelantan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20hb September 2017. 

Para pemain akan berarak menaiki bas 'double-decker' yang telah diubahsuai selepas perlawanan tersebut menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Di lokasi sama, satu mini karnival akan diadakan dengan pelbagai aktiviti termasuk jamuan ringan bersama penyokong seawal jam 9.00 pagi. Layar gergasi di Dataran Bandaraya JB turut akan menyiarkan secara terus suasana di atas bas 'double-decker' sewaktu para pemain berarak dari stadium. 

Kami dengan ini mengalu-alukan para penyokong JDT di dalam dan luar negeri Johor untuk turut bersama-sama menyambut wira-wira anda sambil menyaksikan pertunjukan bunga api yang terbesar di Johor. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan selama ini dimana anda sentiasa teguh berdiri dibelakang pasukan pada setiap masa. Luaskan Kuasamu Johor.


sumber info Demi Rakyat Johor