19 July 2017

# syawal

KAWAN ANAK DATANG BERAYA

ASSALAMUALAIKUM....

Kawan anak-anak mama datang beraya ke rumah...nak menghabiskan sisa berhari raya ni...minggu last kita di bulan syawal..kuih raya pun dah last kopek..masing-masing datang dengan anak-anak makin meriahlah rumah grandma ni...bagikan mainan baru okay kalau tidak semua perhiasan grandma nak dijadikan mainannya...Darwisy bila dah ada ramai kawan makin seronok la dia...

Bagi mainan lego kat mereka...lagi seronok mereka bermain..bagi lego pandailah mereka lego itu buat ikut kreatif sendiri...

Aiman dan Ammar bekas cucu asuhan grandma dulu...sekarang ni dah besar kedua-duanya....

Siap juga kretiviti Darwisy dan Aiman membuat lego bentuk istana tu...Darwisy cakap istana frozen...

Si kecik Hanis yang memang aktif sangat...baru dapat beberapa bulan dapat kaki lagilah aktifnya dia...habis semua pelusuk rumah grandma nak dijelajahnya...

p/s beginilah rasanya kalau anak ramai kecoh satu rumah....

1 comment: