ASSALAMUALAIKUM...
Anak-anak mama ni kalau dah jumpa barangan Hello Kitty ni memang kemaruk jer...semuanya cantik dan lawa-lawa....kebetulan semalam mama nak pergi ke kedai Eco rm2.12 yang baru di buka di Taman Universiti tapi anak-anak ajak masuk ke kedai ini dulu...kedai ni pun baru dibuka juga dan ianya terletak berhadapan dengan kedai Eco ini...
Ingatkan kedai Kioda yang ada kat Aeon Bukit Indah tu tapi rupa-rupanya bukan...Muz Station namanya...

Bila tengok barangan kat dalam kedai ini ! yang ini paling anak-anak mama suka sangat...barangan yang ada gambar Hello Kitty...


Memang rambang mata budak 2 orang ni..tengok tu cntik tengok ni cantik..haii !! anak-anak macam-macam ragam...kalau dah suka memang tak boleh nak cakap apa dah...tapi kali ni datang tengok dulu bila nak beli nanti datang semula katanya..

p/s haru dibuatnya....

entri berkaitan...