JIRAN TETANGGA

Saturday, March 18, 2017

RESEPI IKAN GORENG SAMBAL SERAI

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni mama nak bagi resepi mudah dah simple sesangat...resepi mudah dan simple ni memang semua orang sukakan...resepi yang simple tu la yang paling sedap bila memakannya..menu ni hubby mama yang masak semalam...mama yang makan sampai terover sangat semalam...memang power la air tangan hubby ni...dah mula puji laki sendiri ni...okay-okay jom kita tengok resepinya...



Bahan-bahan yang diperlukan...
ikan (terpulang ikan apa)
serai(lebih serainya lg sedap)
cili api (kalau suka pedas)
Cili hijau
bawang merah
bawang putih
Sedikit air asam jawa
Minyak, sedikit gula
garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1-Ikan dibersihkan terlebih dahulu...selepas tu gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam...gorengkan sehingga kekuningan...
2-Serai,cili api,cili hijau,bawang merah dan bawang putih dikisar sehingga hancur...
3-Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan keluar minyak..tambahkan air asa jawa sedikit...biarkan kering sedikit...
4-Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..Setelah itu masukkan ikan yang telah digoreng tadi...gaulkan sehingga sebati...sambal ikan goreng serai siap untuk dihidangkan bersama lauk yang lain juga...
selamat mencuba menu simple ini yer...


P/s menu simple tu la yg sedapnya...

6 comments:

  1. nampak sedapppp. malangnya fae tak brp pandai memasak hahaha.

    ReplyDelete
  2. waaaahhhh mama..lapo kat office ujan-ujan ni tengok resepi mama..

    - JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

    ReplyDelete
  3. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas.. :)

    ReplyDelete
  4. pepagi ni terjah blog mama,bagi idea apa nak masak petang ni

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER