JIRAN TETANGGA

Thursday, March 16, 2017

LAUNCH CANDY PARADE SANRIO HELLO KITTY

ASSALAMUALAIKUM...
10 March 2017 yang lalu mama telah ke pelancaran Candy Parade Sanrio Hello Kitty di Puteri Habour Iskandar Puteri...memang menarik dan seronok sekali majlis pelancaran ini...sesi mendaftar adalah pada jam 2.30ptg dan majlis pelancaran itu pula bermula pada jam 3.00ptg..


Pelancaran Candy Parade Sanrio Hello Kitty ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengurus Besar Sanrio Hello Kitty Mr.Fahruddin Najumudeen...Sanrio Hello Kitty kali ini telah melancarkan satu persembahan terbaru menampilkan koreografi menarik untuk para pengunjung yang hadir ke sini...

''Kami akan sentiasa memberikan persembahan yang segar dan menarik untuk para pengunjung setia Sanrio Hello Kitty ini..Sanrio Hello Kitty juga telah melancarkan Bilik Hello Kitty di Jen Hotel...pengenalan dari Candy Parade ini akan mampu meningkatkan pengalaman Hello Kitty keseluruhan dan akan terus mewujudkan hubungan yang kuat buat peminat beliau di luar sana..."kata Mr.Fahruddin Najumudeen Pengurus Besar Sanrio Hello Kitty.."


Persembahan selama 10 minit ini akan dapat memberikan pengalaman yang menarik dan menghiburkan pada para pengunjung yang datang ke Sanrio Hello Kitty...persembahan bermuzik,tarian dan gula-gula kereta ini menggabungkan kesemua ahli pasukan penghibur dan ianya hanya boleh didapati di Sanrio Hello Kitty...persembahan ini akan memberikan hiburan dan tarikan yang tersendiri yang dijayakan oleh semua penghibur sambil menari juga yang menaiki roller blades dan hover boards..


Sanrio Hello Kitty dengan gula-gula Candynya...


Persembahan yang cukup menarik dan menggembirakan semua...


Darwisy sempat berposing satu gambar dengan penari yang menaiki roller blades..




Watak-watak Sanrio Hello Kitty juga penari ketika membuat persembahan untuk pelancaran Candy Parade ini..



Sempat juga mama snap satu gambar bersama dengan orang kuat Sanrio Hello Kitty ini...peramah,manis dan sporting orangnya Raja Yasmin Raja Zaini Ismail Assistant Manager Marketing...


Sesi temuramah pihak media bersama dengan Pengurus Besar Sanrio Hello Kitty Mr.Fahruddin Najumudeen..

Sanrio Hello Kitty juga akan menampilkan aktiviti baru di zon permainan "Friendship Land" dipanggil "Colourful Persahabatan Quest" dimana kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun boleh mengambil bahagian dan memenangi hadiah..

Untuk meraikan ulang tahun ke 15 tahun Cinnamoroll salah satu watak kegemaran di Sanrio ada aktiviti yang akan diadakan dalam masa yang terhad di Dream Photo Garden dan Cinnamoroll Cafe dari bulan March hingga ke Jun nanti...Oleh itu pada yang ingin menyaksikan dan ingin mengalami pengalaman sendiri bersama anak-anak bolehlah datang ke sini..


Setelah jamuan high tea kami telah dibawa pula ke Jen Hotel untuk melihat tarikan terbaru bilik-bilik hotel yang bertemakan Sanrio Hello Kitty ini...

Bilik pertama yang kami terjah...bertemakan Sailor
Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
1- ''KITTY JONES ADVENTURE


Pemandangan Puteri Habour yang cantik dan menarik ini dapat dilihat dari tingkap bilik Sanrio Hello Kitty ini...tenang dan nyaman bila berada di sini...


Bilik kedua yang bertemakan sailor juga...
Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
2-''THE SAILBOAT THE SAILBOAT''


 Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
3-"ICE CREAM-DULGENCE''


Bilik ke 4...
Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
4-''EMERALD CITY''


Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
4-''EMERALD CITY''


Bilik ini bertemakan OZ...
Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
5-''THE LOST CHAPTER''


Mama suka sangat bilik yang ini sweet sangat suasana dalamannya...
Bilik bertemakan romantik 
Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
6-"PINK SURPRISE"


Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
7-"THE BOUDOIR''


 Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
8-''THE THIN COTTAGE''


Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
9-''HELLO KITTY AND TINY CHUM''



 Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
10-"ADMIRAL REDBOW"


Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
11-''THE MUNCHKIN VILLAGE''


Jen's Hello Kitty Deluxe Themed Room
12-" CAPTAIN KITTY 'S CABIN"

Pada kawan-kawan yang ingin ke sini bolehlah datang ke

SANRIO HELLO KITTY TOWN 
JEN HOTEL
PUTERI HABOUR MARINA WATERFRONT PRECINT,
PERSIARAN PUTERI SELATAN,
79000 ISKANDAR PUTERI.

TEL: 07 - 560 8888



3 comments:

  1. wahhh menariknya tema2 bilik kat hotel jen tu..konfem anak2 x nak balik ni kalau dah masuk hahaha

    - JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

    ReplyDelete
  2. Wahhhh... bestnyaaaa.. jangan kata anak suka.. mak pun suka kalau dapat bilik hotel mcm tu.. hahaha....

    ReplyDelete
  3. wow...syoknya mama...bilalah dapat stay kat hotel ni

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER