JIRAN TETANGGA

Thursday, October 6, 2016

Beli Kereta Mini Pula

ASSALAMUALAIKUM...

Tambah satu lagi koleksi lego kat rumah mama ni...anak mama yang kerja kat legoland ni yang seronok sangat mengangkut setiap koleksi lego yang ada...setiap bulan ada saja koleksi yang dibawa balik..dia jugalah yang rajin memasang dan menyiapkan brick-brick lego ni...nama pun dah kerja kat tempat legokan..ada saja lego yang hendak di bawa balik setiap bulan...kekadang tu bising juga mama dengan dia..perhabis duit sebab nak beli lego brick ni...tapi memandangkan dah jadi kesukaan dan hobinya mama biarkanlah juga...


Inilah hasilnya kereta mini lego...hasil dok menghadap brick-brick lego ni sampai ke pagi...akhirnya dapat juga anak mama menyiapkannya...bila dah siap memasang kesemuanya brick lego kereta mini ini itulah yang menjadi satu kepuasan pada diri anak mama...seronok dapat melihat hasilnya..


Bila dah siap mama pun seronok juga...sebab boleh jadi kereta mini hiasan kat rumah mama ni..yer la kalau kereta betul agaknya lagi bertambah-tambah seronokkan...
  
p/s minat anak-anak semuanya berlainan...

0 000 jiran datang mendoakan mama:

Post a Comment

DUIT TABUNG