JIRAN TETANGGA

Sunday, July 24, 2016

Jamuan Hari Raya 2016

ASSALAMUALAIKUM....

Semalam kami sekeluarga telah menghadiri jamuan hari raya abang mama yang telah diadakan di Hotel Bluewave Johor Baharu...jamuan hari raya ini merangkumi kesemua sekali untuk adik-beradik.saudara mara dan juga untuk pekerja-pekerja abang mama...


Seronok rasanya bila ada jamuan besar begini sekali sekala..dapat eratkan jalinan silatulrahim antara adik-beradik,anak saudara,saudara mara dan pekerja-pekerja abang sekali...riuh rendah bila dah dapat berjumpa semuanya sekali..sedihnya bila mengenangkan ketiadaan arwah abah di sisi kami semua semalam...hanya tinggal ibunda buat pengubat rindu kami semua...sesi penting adalah bergambar bersama-sama keluarga besar kami...keluarga arwah Hj.Mohd Noah Bin Abdullah...


Gambar kami 7 orang adik- beradik...seorang abang yang ke 3 yang tak dapat hadir semalam...yang lain semuanya ada menghadari majlis ini...dari kiri depan kakak mama anak yang ke 2,ibunda tercinta,abang mama yang sulung,abang anak yang ke 4..baris belakang dari kiri mama anak ke 5,adik lelaki anak yang ke 7,adik lelaki anak yang ke 8 (bongsu) dan akhirnya adik perempuan mama anak yang ke 6...


3 orang adik beradik perempuan dalam keluarga...dari kiri adik yang ke 6 mama,tengah kakak ke 2 dan tepi pastinya mama sendiri la kan...


4 comments:

  1. salam aidilfitri kak..
    syok makan besor ni

    ReplyDelete
  2. i'm really enjoying this article and layout of your blog. It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu

    ReplyDelete
  3. Wah, best sangat ni semoga bisa menjadi banyak inspirasi bisnis online

    ReplyDelete

DUIT TABUNG