JIRAN TETANGGA

Thursday, June 16, 2016

DIY Projek Tukar Sarung Sofa

ASSALAMUALAIKUM...

Bila tengok sofa dah koyak kainnya memang sakit hati...rasanya raya tahun ni nak tukarlah sarungnya sebelum koyak tu semakin merebak lagi besar..cuba juga tanya kat kedai repair sofa tapi terkejut dengan cas yang dikenakan..lebih-lebih lagi nak dekat raya ni memang cas yang dikenakan agak melampau..rasanya tak mampu mama nak membayarnya...dari bayar 1K buat sarung sofa tu baiklah mama beli jer sofa yang baru dgn duit tu...


Fikir-fikir baiklah diy sendiri saja sarung sofa ni...kebetulan ada kain langsir yang ada mama ambil buat sarung sofa ni...terbaik hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja mama dah dapat menukar sofa yang koyak tu ke bentuk yang baru...


Tadaaa...inilah hasilnya...sofa lama sudah bertukar wajah yang baru untuk raya tahun ni...selamat duit 1K mama tu...dah boleh guna beli benda yang lain...tapi sayang tak dapat buat keseluruhan sarung bantalnya sebab kekurangan kainnya...kalau rajin nanti nak juga ganti kain sarung bantalnya ke warna purple plain...cantik juga kan...


Mama hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja untuk membeli stapler besar ni dan pelurunya saja..dengan harga rm25...kain dah sedia ada hanya tenaga yang diperlukan...hubbylah jadi penolongnya...jadi tukang staplerkan pun dah okay juga..

Cara mama lakukan senang jer...amik kain langsir tu ukur bahagian mana yang hendak dibuatkan dahulu..bila dah ukur guntingkan kain tu...lebihkan sedikit di bahagian tepinya untuk lipatannya..disebabkan mama tak guna cara jahitan jadi bahagian tepi perlu dilipatkan untuk mengelakan bulu kain tu terkeluar nanti..

Bila dah siap dipotong amik kain tu gamkan dahulu kalau perlulah tapi mama terus staplerkan jer...bila dah siap barulah dikemaskan dan distaplerkan keseluruhan bahagian sofa supaya nampak lebih kemas lagi...buatkan kesemua bahagian sofa tu sehingga habis...cek mana bahagian yang perlu dikemaskan lagi dan staplerkan saja...akhirnya siap juga sofa lama bertukar ke wajah yang baru kali ini...


8 comments:

  1. Salam Mama ..
    Terus nampak cam baru .. cantik.

    ReplyDelete
  2. tukar sarung sofa pon 1k? ish, cekik darah betul kan..

    ReplyDelete
  3. sy pun berangan jugak diy tukar sarung sofa.. sofa sy tu bau pakai 2 thn tapi dah teruk dikerjakan kucing.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum puan.nk tnya.yg dekat celah2 tu mcm mana puan stapler?

    ReplyDelete

DUIT TABUNG