ASSALAMUALAIKUM....

"Tahniah ! tahniah buat anakku...semoga akan terus berjaya dalam kerjaya yang diminati itu..mak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan adik di dunia ini mahupun akhirat...moga kejayaan untuk adik akan sentiasa diperolehi dengan tekun dan kerja keras...sentiasalah ingat pada Allah dan berdoalah semoga apa jua yang diingini dan dihajati akan diperolehi selalu yer...In sha Allah jika ada rezeki adik mak doakan semoga adik akan lebih berjaya lagi jika berjaya bekerja di Australia nanti..aamin..."


Inilah hasilnya dari kerja keras dan tekun yang anak mama lakukan pada kerjanya...berkat ketekunan anak mama inilah dia telah di berikan award sebagai pekerja terbaik di Legoland Malaysia...hadiah ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia pada majlis Annual Dinner yang ke 4 tempohari...bukan mama nak menunjuk atau berbangga tapi mama ingin berkongsi kegembiraan ini bersama-sama teman alam maya disini...


di antara staff-staff yang berjaya dan mewakili deparment masing-masing...


Annual Dinner yang ke 4...


Inilah hadiah-hadiah yang diterima oleh anak mama semalam...
1-trofi
2-wang tunai
3-sijil
4-voucer membeli barangan lego sebanyak rm500


trofi dan sijil yang diperolehi...


sijil pertama ketika anak mama perolehi semasa di awal tahun 2015...dan yang kedua adalah sijil untuk pemilihan keseluruhan staff yang berjaya mendapat MC Star dan itulah yang anak mama baru diperolehi tempohari...anak mama ini jika ada rezeki beliau in sha Allah telah ditawarkan bekerja di Australia dibawah pengurusan Merlin Entertainment Sydney Australia...mudah-mudahan adalah rezeki beliau...mana tahukan anak mama akan lebih berjaya lagi bila dapat bekerja dan merantau di negeri orang nanti...hanya doa yang dapat mama iringi semoga anak mama ini sentiasa akan terus berjaya...aamin...