JIRAN TETANGGA

Monday, March 7, 2016

Resepi Kimchi Simple

ASSALAMUALAIKUM..
Anak-anak mama memang suka makan makanan Korea ni...asal teringin jer mesti cari apa yang dirasakan nak dimakan oleh tekak mereka...hujung minggu ni ada kelapangan jadi mama buatkan menu Kimchi untuk anak dara 2 orang yang ada kat rumah ni...jom kawan-kawan kita lihat resepi simple untuk membuat kimchi ni...pada kawan-kawan yang berminat ingin merasai makanan Korea bolehlah mencuba membuatnya sendiri di rumah...


Ambil kobis dan belahkan pada 2 bahagian..,basuh dan toskan...lumurkan kobis dengan garam halus atau kasar,biarkan selama 6 jam atau lebih...setelah itu basuh kobis bersih untuk menghilangkan sisa-sisa garam tersebut dan kemudian toskan...kalau suka sehelai-helai tak perlulah dipotong kobis tu..tapi mama potong juga untuk senang memakannya nanti...


Bahan-bahan lain yang diperlukan..
lobak merah,,epal hijau /lai/pear
sedikit daun bawang,,
bawang putih dan halia ditumbuk
sos tiram,sos ikan,gula perang,serbuk cili,cili flakes
mama lebih senang kisarkan kesemua bahan sekali kecuali cili flakes dimasukkan kemudian...potong kesemua bahan-bahan di atas...


Bila pes telah siap dikisar masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah dihiris-hiris tadi...masukkan ke semua bahan dan juga cili flakes...


Gaulkan kesemua bahan-bahan itu sehingga sebati...


Setelah siap masukkan kimchi tadi ke dalam bekas dan bolehlah disimpan di dalam peti ais..bila hendak dimakan atau dimasak bolehlah dikeluarkan dari peti ais...sedap dimakan begitu saja atau dimasukkan ke dalam masakan...lagi lama disimpan di dalam peti ais rasanya lagi semakin sedap...

Selamat mencuba resepi kimchi simple ini yer kawan-kawan..


8 comments:

  1. owh mcm ni jelaa yg org selalu ckp psal kimchi tu..mudah je ye..

    ReplyDelete
  2. Anak kakak pun suka tapi kami belum pernah buat lagi
    Nanti kakak nak tunjuk resepi ini pada anak kakak. TQ dear:)

    ReplyDelete
  3. wah nmpk mcm sng je ni.. blh try nnti kalau rajin.

    ReplyDelete
  4. kalo makanan korea lain ak makan tapi kalo kimchi tak makan sebab rasa macam jeruk. haha

    ReplyDelete
  5. rajinnya mama.. makanan korea kan ni, ramai gak yang terjebak membuatnya sekarang kan hihi :)

    ReplyDelete
  6. hmmmm aida x pernah makan kimci, kak.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG