JIRAN TETANGGA

Tuesday, October 27, 2015

4 Perkara Sebelum Tidur

ASSALAMUALAIKUM...
Sebelum kita tidur marilah kita lakukan 4 perkara dibawah ini..walaupun kita masih sibuk dengan tugas harian atau apa jua sekali pun...jika tak dapat melakukan seperti di bawah ini masih ada lagi kemudahan yang telah Nabi kita Muhammad SAW permudahkan...tiada kesusahan hanya kemudahan untuk kita melakukannya..semoga apa jua yang kita amalkan ini akan menjadi satu amalan yang baik selamanya...In sha Allah banyak kelebihannya...

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah ra..:
" Ya Aisyah ! janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara ini iaitu "
1-Sebelum khatam Al-Quran
2-Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3-Sebelum para muslimin meredhai engkau
4-Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah


Bertanya Siti Aisyah :
"Ya ! Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?

Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1-"Jika engkau akan tidur,bacalah surah Al-Ikhlas 3 X
     (seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran)

     "Bismillaahirrahman nirrahiim.
     "Qul huallaahu ahad' Allaah hussamad'lam yalid walam yuulad''walam yakul lahuu kufuwan ahad'
     3 X

2-"Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku " 
maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.

    "Bismillaahirraahmaa nirrahiim,Allaahumma shallii'alaa saiyyidina Muhammad wa'alaa aalil saiyyidina Muhammad " 3X

3-"Beristighfarlah"
 untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau 

"Astaghfirullah hal'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih 3X

4-Dan perbanyakkanlah
"bertasbiih,bertahmid,bertahlil, dan bertakbir''
maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

 Bismillaahirrahmaa nirahiim "Subhanallaah Walhamdullillah Walaa ilaaha illallaah
 hu wallah hu akbar" 3X

Bersama-samalah kita melakukannya dan mengamalkannya setiap hari..maka ganjaran pahalanya akan dapat kita perolehi bersama-sama juga...In sha Allah

5 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian mama :)

    ReplyDelete
  2. salam mama.saya dtg jenguk2..boleh lagi ke x blog sya ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Asalam maszul..Etuza kira satu perkongsian yang terbaik..inshaAllah akan baca b4 nak lelap..tq

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah.
    yg biasa aida buat selawat & baca 3 Qul.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG