JIRAN TETANGGA

Monday, September 7, 2015

Proses Baik Pulih Kereta Kancil Lelong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dah 2 minggu dapat kereta kancil ini...beli pun dari lelongan company tempat hubby bekerja...harganya pun murah hanya Rm2000 saja...kelihatan keadaan keretanya masih okay lagi tapi ada juga yang perlu dibetulkan lagi...biasalah kalau kereta company ni memang bila digunakan semuanya main layak semacam jer...mentang-mentanglah kereta syarikat langsung tak digunakan dengan berhemah langsung...ada bekas accident dan kemek di depan dan pintu belakangnya...itu semua perlu diperbaiki semula...


Hubby dah mula repair sedikit-sedikit kereta kancil ni...mula-mula hubby ganti tayarnya, tukar brake pump,servis ajust brake,ganti kabel brake,tukar gasket dan ada banyak lagilah yang belum direpair semula...kena buat slow-slow kalau buat sekali gus memang memerlukan kos yang banyak...jadi hubby tukar mana yang perlu dulu...

 terus hubby buat alligment dan adjust camber tayar kereta dulu...perlu buat itu dulu sebab nak elak masa memandu kereta ini sterengnya tidak akan menyenget...tak tahu nak bagitahu macam mana...mama bukannya tahu sangat bab-bab kereta ni...dengar apa yang hubby cakapkan jer...


Bila dah siap buat tu terus hubby bawa ke workshop ketuk dan spray pula...ketuk dulu bahagian mana yang kemik dulu...dah simenkan dulu jadi tak adalah bekas accident tu nanti berkarat...dah hilang bekas kemek di depan dan pintu belakang kereta tu...dah jadi seperti biasa semua...hanya ada bekas simen bekas ketukan semula tu...memang hubby nak spray balik tapi kena tunggu dulu bila semuanya siap diperbaiki..

Semalam mama tolong hubby bersihkan bahagian dalam kereta ni...memang comot sekali..banyak bekas tompok-tompok hitam di langit-langit dan di bahagian tepi pintu...jenuh jugalah nak menyental daki-daki yang melekat di tepi kesemua pintu kereta ini..naik sengal dan lenguh jugalah tangan kanan mama ni...tapi kena juga siapkan...bila dah siap menyental tu hasilnya memang membuat mama merasa puas hati sangat-sangat...barulah nampak bersih dan cantik jer di tepi bahagian pintu kereta ini..kalau tidak memang berkeladak sangat keadaan dalam kereta kancil ini...memang boleh buat sakit mata mamalah bila memandangnya...

Lepas dah siap semua yang perlu direpair hubby akan hantar ke bengkel spray pula nanti..tapi kena tengok dulu dan tanya berapa budjet untuk spray semula kereta kancil ini..kalau mahal  harganya terpaksalah tangguhkan dulu..tunggu dulu dah cukup budjetnya barulah boleh di spray semula...


p/s beli kereta lama ni memang banyak yang perlu dibaiki semula...


4 comments:

  1. Rm2k tu dah berbaloi tu mama.
    harga moto pun 4k.
    heheh.
    setakat baiki tu boleh jer nak jimat.
    buat slow2.

    ReplyDelete
  2. A car memang datang dengan pelbagai komitmen
    apa pun caya la hebat hubby Mama Mas, boleh repair sendiri JIMATT


    Wanita dikecam kerana Jerawat

    ReplyDelete
  3. Murah tu...Tengah cari gak kereta kancil yang murah2 untuk tujuan pick up kucing boarding...Kalau ada inform kami yer mama... :-D

    ReplyDelete

DUIT TABUNG