JIRAN TETANGGA

Monday, July 13, 2015

Alhamdullilah Ya Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Alhamdullilah diberikan masa dan waktu berkesempatan lagi aku menjalani ibadat puasa dipenghujung bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...walaupun dihujani dengan dugaan besar di bulan Ramadhan pada tahun ini tetapi tetap juga ku bersyukur kerana masih diberikan masa dan umur lagi untuk sentiasa mengingatiMu dan menadah tangan memohon kemaafan atas segala kesalahan dan dosa-dosaku...semoga Kau ampunilah aku Ya Allah dan moga kesakitan yang Kau berikan padaku mampu menghapuskan semua dosa-dosa yang telah aku lakukan tanpa sedar...dugaan kesakitan yang Kau berikan padaku tetap jugaku tanggungi dengan keredhaan hati sehingga diriku pulih sepenuhnya...aamin..


Terima kasih juga buat kawan-kawan alam maya yang sudi singgah ke sini dan mendoakan kesejahteraan mama...lama sungguh rasanya blog mama ni terbiar sepi tanpa entri dari mama...kesakitan yang dialami membuatkan mama tak dapat menulis entri di sini...semoga mama diberikan masa nanti untuk membalas kunjungan dari teman alam maya dan akan singgah semula ke blog kawan-kawan pula...


P/s rindu sangat nak berblogging semula...

3 comments:

  1. Alhamdulillah .... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFTRI dan Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG