JIRAN TETANGGA

Wednesday, June 10, 2015

Nak Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Bila nak raya ni masing-masing sibuk nak cantikkan rumah...kebetulan jiran sebelah rumah mama ni pun nak buat pagar baru rumahnya...bila dah nampak rupa bentuk pagarnya ni...kawasan sebelah pagar rumah mama ni pun jadi cantik sekali...mulalah terfikir nak juga cantikkan dan simenkan sekali kawasan laman depan rumah mama yang cenonet ni...secara tak langsung boleh juga hiaskan kawasan depan rumah mama ni...orang buat mama pun nak jugakan yer..

Tokeynya pun bukan siapa jiran sebelah kanan mama ni juga...tu yang minta tolong buatkan sekali selepas dia sudah menyiapkan pagar jiran kiri mama ni..memang itulah kerjanya buat ubah suai rumah orang..senang ada jiran yang pandai buat kerja ubah suai macam ni kalau ada apa-apa yang nak diubah suai boleh upah dia aja...


Bukan ubah suai banyak pun buat sikit jer..tu pun simenkan bahagian tepi yang bertanah tu...bila tak ada rumput sedap jer mata memandang tapi bila rumput dah panjang sakit mata bila tengok...jadi simenkan jer senang cerita...tak payah nak potong bila rumput dah panjang...bolehlah tanam sayur dalam pasu jer la lepas ni...


Beginilah bila sudah siap disimen kawasan cenonet bertanah di hadapan rumah mama ni...belum bercat lagi dinding pagar jiran mama ni...sebelah dinding sini bolehlah mama catkannya nanti...proses pembersihan lantai dan dinding kat rumah mama ni pun masih belum bermula...terpaksa tunggu hari cuti hujung minggu baru nak buat...ingatkan nak bela ikan kat depan ni tapi tak tahu lagi tengoklah macam mana nanti...

Gambar semasa proses pembuatan pagar berjalan...


Dah terlanjur buat bawah terus suruh tukang rumah tu repairkan sekali siling yang dah pecah kat atas bumbung rumah dan gamkan balik atap yang dah bocor tu sekali..


Dah pun siap proses pemasangan sekeping siling dan proses menampal bumbung yang bocor tu...pantas dan cekap pekerja kontrak Indonesia ni buat kerja mereka...cuma tinggal catkan balik siling tu kepada warna asalnya...


3 comments:

  1. wah...oklah tuh...cantek betul pagar jiran tuh..hehe..nanti kalau dah cat nanti share lah sini..nak tgk jgk..hehe

    ReplyDelete
  2. wah mama semangat raya dah tiba ni :)

    ReplyDelete
  3. nampak kemaskan simenkan semua porch .. saya pun tgh fikir nak buat cmtu.. x larat nak upah org potong rumput hehehe

    ReplyDelete

DUIT TABUNG