JIRAN TETANGGA

Thursday, January 22, 2015

Misi Grandma Berjaya Akhirnya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam hari pertama minggu ini Aiman di rumah grandma...mingu lepas Aiman bercuti sebab pulang ke kampung...jadi hari ini grandma bertekad nak mengajar Aiman tidur di bawah saja tanpa buaian lagi...misi untuk Awisy sudah pun berjaya...Awisy sekarang dah boleh tidur di bawah tanpa buaian lagi..jadi misi grandma yang pertama berjaya juga...kali ini misi yang kedua pulak untuk Aiman pula..

Cara grandma nak tidurkan mereka macam biasa juga seperti orang lain lakukan pada anak-anak mereka tapi lain orang lain la caranyakan..kita kena sendiri tahu dan ikut masa tidur budak-budak kecik 2 orang tu...biasanya budak kecik 2 orang ni akan tidur dalam pukul 9 pagi...kebiasaannya mereka berdua ni tidur sebelah pagi tidaklah terlalu lama sangat...lebih kurang dalam 1jam setengah mereka akan mula terjaga dari tidur...


Masa ni la grandma biarkan mereka main sepuas-puasnya...biarkan mereka letih sendiri...bila dah sampai masa makan grandma akan menyuapkan mereka sambil mereka bermain...bila dah selesai semuanya biarkanlah mereka bermain semula sehingga ke petang dalam pukul 3...masa ni grandma akan terus memandikan mereka terlebih dahulu ! siapkan mereka dan sediakan sebotol susu untuk mereka berdua minum...pastinya mereka berdua sudah tentu kehausan selepas penat bermain tadi...tv pula sudah semestinya kena ditutup terlebih dahulu supaya mata mereka tidak leka memandang skrin tv tu jer...

Masa ni la kita boleh melakukan apa yang sepatutnya sebelum mereka tidur...kena gosokkan kaki,tepuk-tepukkanlah perlahan kat bahagian yang perlu...lagi bagus nyanyikan atau zikirkan secara pelahan pada mereka...dengan cara ini lama-kelamaan mata mereka akan mulai layu dan akan terus tertidur...kekadang tu kena ambil masa lama sedikit la untuk membuat mereka terlelap...tapi setakat ini budak kecik 2 orang ni tiada masalah la pada grandma untuk tidurkan mereka tadi... mungkin mereka berdua sudah kepenatan bermain agaknya..tu yang senang dan cepat jer mereka berdua tidur....


Itulah sebahagian cara-cara yang grandma gunakan untuk membuat mereka berdua ni tidur...alhamdullilah setakat ni semua yang grandma lakukan telah pun berjaya pada Aiman dan Awisy...dah memang tak payah gunakan buaian lagi...besi buaian Awisy pun dah disimpan elok di dalam stor...buaian itu nanti boleh juga digunakan untuk adik Awisy yang akan datang nanti in sha Allah...

p/s misi grandma berjaya juga akhirnya...

5 comments:

  1. Salam mamamazul...

    Adeh...letih sangat tgok aksi tidur tu...
    Nak pinjam puting kopek tu leh..?

    Agak-agak kalau cabut puting tu ...bangun tak..?

    ReplyDelete
  2. Pengalaman tak boleh diperolehi dgn mudah.
    Untunglah hero berdua ni dpt pengasuh terbaik dan sabar
    Bukan mudah nak melatih tidur dari buai ke tilam biasa..

    ReplyDelete
  3. Tahniah grandma dah berjaya. Anak saya pulak, kalo kat rumah, mmg tak pernah boleh nak tidur sendiri. Tapi kat umah pengasuh boleh plak. Sbb kalo ada mama dia ni, dia nak mengempeng je la.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG