18 November 2014

# info sejarah

Asal Usul SUNGAI BALANG MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


ASAL USUL SUNGAI BALANG
Sejarah pembukaan Sungai Balang bermula dengan perlantikan seorang tokoh agama bertaraf ulama iaitu Ali Said yang berasal dari Parit Sakai sebagai Orang Kaya oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Ali dihantar oleh ayahandanya Orang Kaya Said iaitu penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggung Ibrahim ke Tanah Suci Mekah untuk belajar agama selepas menamatkan pengajian di Mekah ketika berusia 15 tahun. Ketika itu, penduduk Padang yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Mekah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke-19.
Orang Kaya Ali pulang ke Padang selepas ayahanda Orang Kaya Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan Penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid semasa ketiadaan Allahyarham Omar. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu.

Bagi mencari jalan penyelesaian,Sultan melantik Ali sebagai menteri. Namun begitu,perlantikan itu tidak memuaskan hati Ali serta pengikutnya kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu,timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan penyokong Omar.
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru di selatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi penghulu. Pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok durian,ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan yang baru dibuka itu gah dan Ali bersama pengikutnya menyusur pantai Selat Melaka yang banyak dengan lanun untuk mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.
Nama ‘Sungai Balang’ diabadikan daripada ilham Sultan apabila pengikut Ali yang membuka kawasan baru itu berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya.Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh hulubalang.Daripada perkataan ‘hulubalang’ inilah lalu Sultan menitahkan kawasan baru itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini.
Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang.

p/s info sejarah tambah pengetahuan...

2 comments:

  1. Pernah pergi ke sana sekali kot dulu. Baru tau sejarahnya.

    ReplyDelete