HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, January 24, 2014

Berkongsi Pahala Dan Berkongsi Entri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pahala pada hari Jumaat...blogwalking ke blog Yumida tadi terbaca entri beliau tentang berkongsi pahala ini...terimakasih Yumida atas perkongsian info ini...memang benar apa yang dikatakan oleh hadith di bawah ini:

Dari 'Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila seorang isteri menyedekahkan makan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa
mengurangi keperluan rumahtangganya,maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.."

Alhamdullilah ! kiranya makanan yang mama berikan kepada jiran tetangga mama tadi mendapat keberkatannya...orang yang dalam keadaan miskin,susah dan sukar mendapat rezeki amat digalakkan bersedekah supaya mendapat rezeki yang luas...oleh itu marilah kita bersedekah yer kerana ianya tidak perlu tunggu kita kaya pun..bersedekah itu banyak keistimewaannya diantaranya adalah:
-penghapus dosa-dosa kita
-kita diberikan umur yang panjang oleh Allah 
-kita akan dimurahkan rezeki 
-kita akan dijauhi dari bala/masalah
-diberikan Allah 700 kali berlipat ganda pahalanya
-memadamkan api siksaan di dalam kubur


1 comment: