18 December 2013

# kawin n hantaran

Selamat Pengantin Baru Buat Aida Dan Fahmy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu 14 Dis mama dan keluarga telah menghadiri majlis persandingan anak saudara mama...majlis pernikahannya telah berlangsung di masjid Bandar Baru Uda pada pagi hari Jumaat tapi sayangnya mama tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menjaga budak kecik 2 orang tu sebab mama-mama mereka tidak dapat mencutikan diri dari beban kerja...





kat Johor ni majlis tebus pintu macam ni mesti ada...seronok rasanya dapat mengenakan tol pada pihak lelaki...acara macam ni memang meriah jika kena gayanya... tengok la tu semua anak saudara,pak saudara pengantin perempuan semuanya dok menghalang pihak pengantin lelaki dari laluan ke pelamin...terpaksalah membayar tol untuk semuanya...




bergambar bersama pengantin sebelum bergerak pulang...bergambar pun tak semuanya ada...hubby sedang bersalaman dengan saudara mara jadi tak sempat nak memanggilnya ketika ini...


nasi briyani sudah semestinya memang ada pada majlis perkahwinaan...


majlis bertandang pula diadakan pada 15 Dis disebelah pihak pengantin lelaki di Pasir Gudang Johor...kami sekeluarga bersama-sama mengiringi rombongan pengantin ke sana...


kali ni kami sekeluarga dapat bergambar bersama kedua-dua mempelai... 



kami 3 beradik perempuan bergambar bersama-sama mempelai...


Bergambar bersama-sama kesemua ahli keluarga juga satu kemestian buat kami semua...bergambar bersama dimajlis beginilah akan menjadi satu kenangan di masa akan datang nanti...


6 comments:

  1. Mas nak tahu kakak do telek satu-satu muka manalah tahu ada yg kakak kenal. Yelah kita ni kan dekat aje manalah tahu ada yg kakak kenal tapi tak ada hihi...

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat pegi majlis kenduri kawin :)

    ReplyDelete
  3. tahniah n slamat pengntin bru buat pngntin..cuti sek mcm ni mmg sntiasa knyang kan sbb byk knduri..

    ReplyDelete
  4. sy nampk kek dlm gambor kat atas...hehehe..teringin la pulak..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama

    “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
    Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

    ReplyDelete