28 July 2013

# cerita grandmama

Bersabar Menerima Dugaan Di Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam kita telah selamat berpuasa pada hari ke 18 dan hari ni pula masuk hari ke 19...tak sangka bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tak lama lagi dan Syawal bakal menjelma pula...

Tulah nak jadi cerita semalam mama dan family ke bazar Ramadhan itulah hari pertama mama ke bazar ramadhan setelah 18 hari berpuasa...ikutkan hati memang malas nak berjalan nak dok je dalam kereta tapi bila fikirkan tak pernah pergi digagahilah juga...

Mula-mula elok je menyusuri lautan manusia yang ramai dalam berbelanja mencari juadah untuk berbuka puasa..rasa tak tahan terlalu ramai manusia amik keputusan nak balik ke tempat letak kereta..tiba di satu kawasan yang agak curam nak kata curam tak la curam mana pun tapi mama yang selamba berjalan ni boleh pula tiba-tiba terjatuh kat situ..

terasa macam di awang-awangan pula bila dah jatuh tu nasib baik ada hubby dan anak mama menolong mengangkat..rasa malu pun ada ! tak ada ribut tetiba boleh jatuh pulak..bila dah bangun tu tak terasa sangat sakitnya tapi bila dah sampai ke rumah mulalah terasa sengal kat tangan dan bahagian punggung...hanya Allah je la yang tahu...

nak buat macam mana redha je la dengan ketentuan dari NYA kalau dah tertulis nak jatuh maka terjadilah...jika dah tertulis ajal kita hari ini maka terjadilah tak boleh kita nak mengelakkannya...itu semua dah ditentukan oleh Allah hanya kita sebagai manusia tidak dapat mengetahui jalan yang telah disediakan buat kita itu...hanya amalan yang telah kita lakukan di dunia ini akan menjadi bekalan buat kita di sana nanti...InshaAllah


p/s bersabar dalam kesakitan menguji keimanan seseorang..

9 comments:

  1. Kesian mama. Moga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, smoga cepat sembuh mama. Ujian utk mama,

    Kata orang alim: kalau ada musibah yg berlaku dlm hdup kita, walaupun selipar kena curi @ tersepak batu. Cuba Chek balik solat kita.

    Kalau solat kita betul, kita dlm jagaan Allah. Tapi kalau solat kita salah, kita tak d pandang Allah.

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada yang kita lupa, lalu Allah ingatkan kita dengan cara yang kita tak duga... :)

    ReplyDelete
  4. apa saja yang Allah buat kepada kita ada ganjarannya jika kita redha

    ReplyDelete
  5. harap tak ada luka teruk ye mama. lepas ni kena hati2.. mungkin sebab panas bersesak2 tu.. udara dan oksigen kurang

    ReplyDelete
  6. Adeh, dugaan bulan puasa.. Harap2 takde pape la mama... Bahaya jugak jatuh macam tu.. Huhu..

    ReplyDelete
  7. Hmm.. Ujian utk tmbhkn keimanan kita juga sbnrnya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mama...sabarlah...orang akan faham juga keadaan mama tu...lagi pun nie bulan puasa

    ReplyDelete