SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Percaya tak kekawan saiz kasut yang anak kedua mama selalu pakai...sebenarnya anak mama ni memang susah betul nak cari atau beli kasutnya sebabnya adalah kerana saiz kakinya yang kecik tu..

hanya saiz kasut untuk kanak-kanak saja yang dia boleh pakai...pelik betulkan entah macam manalah kaki anak mama ni boleh jadi kecik macam tu...kalau saiz kasut orang dewasa ni memang susah sikit kalau nak beli ! kalau ada pun saiz yang paling kecil sekali yang boleh dipakainya itu pun ikut nasib juga kalau ada saiz okay juga kalau tak ada memang tak boleh nak beli pun......


inilah kedainya tempat anak mama membeli kasutnya...cantikkan ! dan nama kedainya juga cantik...banyak juga terdapat kasut-kasut yang dijual dikedai ini dari yang dewasa hinggalah ke kasut kanak-kanak... 


inilah kasut yang boleh dipakai oleh anak mama tu...saiz kanak-kanak tapi yang paling besar sekali...nasib baik la kasut kanak-kanak sekarang ni cantik-cantik juga patennya boleh jugalah dipakai oleh anak mama yang dah dewasa macam tu...kekadang nak tergelak juga mama memikirkannya dah macam nak cari kasut 'Cinderella'pula susah pula tu nak dapat saiz yang sepadan...