16 January 2013

# info

AWAS !! Teknik Baru Mencuri Kereta

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Ingat yer kekawan pencuri sekarang ini akan sentiasa berada di mana-mana..oleh itu mari kita baca info dari kekawan kita ini...sumber diperolehi FB

Minggu lalu kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras Kuala Lumpur.Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang pada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh(remote).Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak lalu beliau hanya menggunakan kunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat dimana dia meletakkan kereta beliau didapati keretanya telah hilang.


Kemudian di balai polis dan juga di agensi insuran beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik klip frenkusi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping).Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual.Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh berkemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda,Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ...

"sharing is caring is loving"




21 comments:

  1. sharing is caring... betul bahaya sekarang nie..

    ReplyDelete
  2. nice sharing mama...perkongsian yg perlu ni..

    ReplyDelete
  3. aduh.. cangih org mencuri skrg yer.. gerun la wei

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  5. as-salam..oh.no..no..no..
    kena berhati2

    tenq mama :D

    ReplyDelete
  6. macam-macam la taktik diorang ni.. smoge la kite semua slamat dari bende2 jahat camni... risau.. huhu

    ReplyDelete
  7. bagus info ni..semoga kita semua selamat dr kecelakaan.

    ReplyDelete
  8. Hii takutnya,macam2 carakan diorg nie nak mencuri keta.

    ReplyDelete
  9. bahaya tu...makin canggih teknologi pencuri nie.....

    ReplyDelete
  10. untuk lebih berhati2, gunakanlah alat pengunci tambahan seperti pengunci stereng, gear atau sebagainya walaupun kita hanya berurusan dalam 10 minit..

    ReplyDelete
  11. Ros pun ada terbaca juga. Memang bahaya kan. Peringatan yang penting ni. Semua kena berhati hati.

    ReplyDelete
  12. Macam2 teknolgi sekarang ni..huuuhuh
    Baik dan tak baik

    ReplyDelete
  13. Cuba la guna kepandaian yang di miliki tu pada tempat yang diredhai Allah. Berkat juga hidup di muka bumi ni kan Mama. Selamat diakhirat kelak. Sekarang ni orang yang bijak bertambah2. Tapi bijak tak bertempat. Terima qaseh atas info. Sangat berguna.

    ReplyDelete
  14. macam2 cara org sekarang ni nak mencuri kan? makin canggih.

    ReplyDelete
  15. Ish2, dah macam teknik penjenayah sekarang ni ya.. Bahaya betul.. Mieza share ye mama.. =)

    ReplyDelete
  16. bahaya ni...mcm2 cara orng dah buat jahat skg kan...tq kak share

    ReplyDelete
  17. bila kelebihan & ilmu pebgetahuan disalah gunakan...mmm..

    ReplyDelete
  18. ish ish ish. macam macam care dorg ni nk mencuri harta org.

    ReplyDelete