SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi wasing machine mama ni telah mencabar keimanan mama...nak basuh baju pun ada masalahnya ! rasa tercabar juga la kesabaran ini tapi memikirkan dalam bulan puasa ni  terpaksa jugalah di tahankan..

basuh baju tu boleh la tapi bila masa spin nyer itu yang buat terkujat jap sebab x boleh nak spin..
kalau tak berspin alamatnya basuh baju menggunakan cara yang lama2 dulu la ! kena la perah bila nak di sidaikan kalau tak memang kes naya je ! baju-baju tu boleh tak kering jadinya...cuaca kat luar tu pun dah semacam je ni ,macam nak hujan je ! tu yang dok risau juga kalau2 baju basuhan ni tak kering jadinya...

mesin basuh ni pun sebenarnya dah berusia juga itu sebab bermacam-macam masalah yang dikeluarkan agak-agaknya nak kena tukar yang baru ni !...rasa nak pergi ke kedai dan tukarkan jer dengan yang baru...dah lama juga terasa nak menukarkannya tapi bila memikirkan yang ianya masih boleh berfungsi tu yang mama buat tak endah je tapi bila dah ada masalah macam ni mulalah rasa nak campak je kat luar tu....


inilah mesin basuhnya yang dah berusia separuh abad...

p/s  sabar ! sabar ! mama kena sabar ni....