HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Tuesday, July 31, 2012

"Karangan Sekolah Rendah " Minat Sukan Sampai Kulit Gelap Macam Anak India...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Nama saya Normas Binti Mohd Noah.Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Johor Baharu dan telah dibesarkan di Daerah Muar Johor dan sekarang saya sudah berusia 17 tahun. 
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2 dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas peperiksaan Penilaian Darjah 6 saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja Muar Johor pula.


Di sekolah saya memang terlalu aktif dengan aktiviti sukan di sekolah semua acara pasti ada muka saya yang gelap ini.Setiap petang saya akan menjalani latihan sukan di padang sekolah.

Setelah mewakili sekolah saya mendapat tawaran pula untuk mewakili Daerah Muar dalam MSSD (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah).Semakin gelaplah kulit muka saya masa itu tapi disebabkan minat dalam sukan ini saya turutkan juga menjalani latihan sukan itu.


Kalau difikir-fikirkan balik kenapalah saya suka sangat dengan aktiviti sukan ini jawapannya adalah saya sendiri pun tidak tahu.Nasib baiklah kulit muka saya tidak selama-lamanya hitam dan selepas habis sekolah barulah saya belajar memulihkan kulit muka saya yang hitam itu semula agar ianya kembali secerah dan dijaga sebaik mungkin semula.

Inilah sahaja karangan pendek dari saya untuk kali ini dan saya sangat berharap saya akan mendapat markah yang baik pada ujian kali ini.

"Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan  Zarul Umbrella"
dan disponsor oleh Azri [dot] My..

p/s jom kekawan kita join contest ni..

12 comments:

  1. heheeh tersenyum saya membaca nyer...wah mama aktif jugak yer..patutlah badan slim je sampai sekarang

    ReplyDelete
  2. memang macam karangan budak sekolah rendah la..gudluck mama!

    ReplyDelete
  3. hahahaha...all the best ye untuk contest tu

    ReplyDelete
  4. Ooo...contest. Hahaha... mama yg mana satu? Tak cam la.

    ReplyDelete
  5. hihihi...ayat skema je. good luck mama... :-)

    ReplyDelete
  6. alahai mama jdi budak skola

    comel je

    ReplyDelete
  7. wah...mama dah join...remy tengah dok perah idea nie..masalah nyer..pic remy kechik2 takde.......huhuhu

    ReplyDelete
  8. Amboi aktifnya mama kat sekolah..bleh geng la kta..M dulu pun balik kampung org tak kenal sebab gelap sangat. Ha ha kulit ten ten gitu...

    ReplyDelete
  9. good luck akak :)


    skrang kulit dah cerah berseri... ewahhh

    ReplyDelete