SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...


Dah lama rasanya mama tak bagi petua-petua pada kekawan semua dan hari ini mama nak letakkan lbeberapa lagi petua yang berguna untuk kekawan mama semua...dengan mengetahui petua-petua dari datuk nenek kita ini memang sangat berguna sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit masalah yang kita hadapi seharian di dapur...

1-Meluruskan rambut dengan santan
Rambut kerinting atau ikal mudah kusut dan kurang menarik, untuk cuba meluruskan rambut cara tradisional ini cubalah petua ini.Parut atau beli sebiji kelapa parut ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam.

Campurkan santan tadi dengan dengan perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk.Gunakan santan ini sebagai krim rambut sapukan dengan cermat ke rambut kemudian dicuci bersih.Cubalah selama seminggu dan lihatlah hasilnya...

2-Limau putihkan kuku
Jika kuku kita terkena arang atau getah ianya akan menajdi kotor dan hitam.Cubalah petua ini lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cucui hingga bersih,selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku InsyaAllah kuku kita akan kembali bersih dan berkilat selamat mencuba.

3- Kulit pisang sebagai losen
Bahan buangan seperti kulit pisang sebenarnya berguna sebab ianya boleh dijadikan bahan pelembap kulit.Yang perlu kita lakukan ialah cuci kulit pisang masak itu  dan potongkan kepada kepingan kecil.Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisar sehingga sebati.Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya.Gunakanlah ia sebagai losen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok....selamat mencuba.

4-Hilangkan daki di leher
Daki sering terdapat di bahagian badan dan leher dan untuk menghilangkan daki itu ikutilah petua ini ambil tiga sudu besar tepung gandum,tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu.Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi.

Campurkan bahan2 tadi menjadi bancuhan yang pekat ,sapukan pada leher seperti masker dan biakan selama 15 minit.Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilis dengan air bersih.Lakukan 2 minggu sekali secara konsisten InsyaAllah daki mudah tertanggal...InsyaAllah...