JIRAN TETANGGA

Thursday, February 17, 2011

SAMBAL SOTONG KEMBANG

SALAM 1MALAYSIA



Menu hari ini adalah sotong kembang (selalu panggil sotong kembang je)sbb dia besar...kalau ada nama lain tak tahu lah saya.Masak dia seperti biasa je seperti masak sambal yang lain juga cuma yang ni tambahkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus lagi sedap rasanya.


BAHANNYA:
Cili kering dikisar
bawang merah
belacan 
air asam jawa
sedikit gula pasir
sotong kembang
kacang tanah tumbuk
minyak utk menumis
garam
perasa


CARANYA:
Sotong kembang dipotong segi empat dan rebus sebentar.Cili kering dikisar bersama dengan bawang merah dan belacan.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili yang telah dikisarkan tadi.Tunggu sehingga cili garing dan pecah minyak,masukkan sotong dan sedikit air asam jawa,gula.garam, serbuk perasa dan biarkan
sebentar.Akhir sekali masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk ke dalam sambal sotong kembang tadi kacau dan rasa secukup rasa.Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin.

1 comment:

DUIT TABUNG