ASSALAMUALAIKUM...
DIY RAK BARANG DARI PAPAN ECO | Alahai !! mama ni asyik ada saja benda yang hendak dibuatnya lepas satu barang satu barang lagi yang hendak dibuatnya...tapi bukan mama yang membuatnya yer tapi hubby yang rajin sangat nak menolong...hahahaha ayat nak bagi hubby rajin sikit nak menolong...kalau mama nak membuatnya sendiri memang boleh jer tapi bila ada si kecik 2 orang ni memang tak jadilah nak membuatnya, jadi kerja mencantumkan papan-papan tu mama serahkan pada hubby jer...kerja mama ambil gambar dan tunggu siap jer...
Mula-mula kenalah pergi cari stok papan yang diperlukan kat kedai eco tu,mana ada papan yang cantik terus borong..sebelum tu kenalah kira berapa papan yang diperlukan jadi senang nak membelinya...papan yang diperlukan untuk satu rak barang ni mama memerlukan 31 keping papan dari kedai eco ni...
Jangan lupa beli juga besi penyambungnya ini yer..kalau guna gam boleh juga tapi memang tak tahan lama,takut sekejap jer dah tercabut nanti...jadi bila gunakan besi L ni,rak papan ni jadi kukuh dan tak mudah tercabut...terpulanglah nak pilih besi L yang panjang atau yang pendek tu sebab kedua-duanya boleh saja digunakan...mama gunakan besi L yang kecil tu sebab ada 10 besi L dalam satu peket tu jadi mama ambil dalam 10 peket... 
Bila dah ada semua barang bolehlah kita mulakan kerja melekatkan satu persatu papan-papan eco ini yer...nampak tak bagaimana besi L itu dipasangkan ke setiap papan eco tu..?kenalah lakukan satu persatu yer supaya ianya nampak kemas...sayangnya mama tak sempat nak ambil gambar masa memula melekatkan papan tu...tapi bila nampak gambar ni mesti korang fahamkan macam mana nak melakukannya...
Masa ni hubby terbalikkan rak ni untuk memasang roda di bahagian bawahnya...tapi tak sempat nak ambil gambar semasa dah siap dipasang dengan roda...lebih senang kalau ada roda dibawahnya sebab mama ni suka sangat nak ubah kedudukan barang-barang deko kat rumah ni...kalau ada roda ni lebih senang la nak menolaknya ke sana sini..
Siap juga rak dari papan eco ni tapi ada lagi beberapa keping papan jadi just ditambahkan lagi supaya nampak lebih sedikit rak untuk diletakkan barang-barangnya nanti...
Tinggal sedikit lagi untuk menyiapkan keseluruhan rak barang ni...
Akhirnya siap juga rak papan dari kedai eco ni...anak mama letakkan botol-botol stok produk Shakleenya...senang tak menganggu,jadi jika ada kawan-kawan yang datang nak membeli supplement Shaklee ni just ambil stok di sini saja...  

Macam mana korang mudahkan nak membuat rak barang macam ni...nak beli rak atau almari dikedai memang beratus-ratus ringgit la harga satu rak yang dijual jadi dari keluarkan duit bayar mahal apa kata kita mudahkan kerja buat sendiri saja...hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja dah dapat satu rak barang yang simple ni...harga papan yang mama beli tu hanya RM65.10 dan besi L tu hanya RM21.00 dan modal keseluruhan hanya RM86.10 untuk membuat rak barang dari papan kedai eco ni...bolehlah kalau korang hendak mencuba membuatnya sendiri...diy sendiri saja kalau rajin kan...


p/s lawa ke tidak kalau mama tampal rak barang tu dengan wall paper..?