IDEA SUSUN ATUR CERMIN VIRAL HEXAGON | Memang sedang viral cermin ni sekarang, kat kedai barangan murah Eco masing-masing sibuk mencari cermin viral ini untuk buat persiapan deko hari raya,salah sorangnya mama la hahahaha wah !! gelak jahat dah keluar ni...tak apa lah kalau dah suka berdeko ada saja barang viral mesti hendak dicari...harganya pun murah dan berbaloilah kalau soping kat sini...nak beli yang mahal-mahal,tak mampu la mama ni...asal cantik bila mata memandang, itu dah kira okay la...
Rasanya kat tempat lain pun ada jual cermin viral ni tapi tak tahulah berapa harganya,tengok kat IKEA pun ada dijual tapi faham-faham jer la harganya...cermin hexagon ni kalau disusun banyak-banyak memang cantik bentuknya...dalam mencari stok kat kedai eco baru beberapa keping saja yang mama dapat membelinya kerana stok sentiasa habis...pada yang mencari cermin ni di kedai eco memang susah betul nak jumpa stok baru, kalau terjumpa tu memang habislah disapu orang dulu...kalau dah jadi kaki deko dan ahli group deko memang ada saja benda yang viral diketahui...mulalah menjalankan misi mencari disemua kedai eco..walaupun cerminnya murah tapi cantik..jangan ingat barang yang murah tu tak cantik tau...
Ini saja stok yang mama baru dapat membelinya setelah sekian lama mencari...nak pergi mencandat lagi pada hari stok sampai nanti..hari stok sampai pun kena tahu sebab senang nak bongkar kotak2 stok baru tu nanti...jahatkan mama ni,staff tak sempat nak susun habis dah nak dibuka kotaknya...kalau tak buat macam tu memang tak merasalah stok tu nanti,itu pun kalau ada stoknya,kalau tak ada gigit lidah jer..mama cuma nak tambahkan beberapa keping lagi jer cermin ni.
Pada korang yang dah ada cermin hexagon ini dan tak tahu cara bagaimana nak menyusun atur cerminnya bolehlah lihat gambar yang mama sertakan di bawah ni..semoga dengan ada gambar susun atur ini dapat membantu korang membuatnya sendiri di rumah untuk deko raya nanti...semoga deko raya di rumah korang nanti akan lebih meriah dan berseri-seri di hari raya nanti..okay jom kita lihat...
Macam mana korang ! dah dapat idea dari gambar-gambar ni ..?kalau dah dapat bolehlah mulakan operasi mendeko tu yer...guna cermin yang mencukupi dan mulakan kerja mendeko di tempat kesukaan korang..selamat mendeko semua...
p/s dah hari ke 12 berpuasa hari ni...
1 Comments
nak kena kreatif pasang cermin ni.
ReplyDeletePost a Comment