ASSALAMUALAIKUM...
Tips Kilatkan Kuali Lama Jadi Seperti Baru | Masalah kaum ibu-ibu di dapur, memang masalah kalau nak menanggalkan kerak kat kuali lama ni..mama pun mengalami masalah yang sama..setelah lama kuali digunakan ianya akan jadi semakin lama semakin berkerak dan hitam..kalau sikit boleh jugalah disental dengan berus dawai yang biasa tapi kalau dah lama dan tebal pulak keraknya semakin susah la nak ditanggalkan kerak kat bontot kuali ni...puas mama dah mencuba bermacam-macam petua dan cara tapi masih juga tak berhasil..kali ni hubby pula yang berikan cara bagaimana nak membersihkan kuali dan bontot kuali tu menjadi seperti baru dibeli semula dengam cara yang mudah dan senang..nak tahu macam mana hubby mama lakukannya,jomlah kita lihat bagaimana caranya di bawah ni..
Inilah alatnya yang hubby mama gunakan untuk menghilangkan kerak di bontot kuali mama ni..hanya belikan berus yang begini di kedai saka Eco,harga pun murah dan berbaloi tapi hati-hati yer dengan dawai berusnya yang tajam ni...beli satu jer dah boleh diguna berulang-ulang kali..
Bila dah beli berus dawai ni,letakkan jer di muncung drill tu..pasangkannya seperti kita memasangkan batang besi untuk kita gunakan untuk mendrill batu kat dinding tu...ketatkan seperti biasa agar berus dawai tu kuat bila nak digunakan..pastu bolehlah onkan suiz dan mulakan operasi pembersihan...

Ambillah semua kuali yang hitam-hitam kat dapur tu dan jomlah kita mulakan operasi satu persatu menjadikannya kuali lama tu seperti baru semula...habis kesemua kuali hitam lama, mama keluarkan...jenuh juga hubby nak bersihkannya satu persatu semalam...

Haa ni dia kesemua kuali mama yang dah siap dibersihkan..macam mana okay tak...pada mama okay la ni daripada rupa kuali mama yang lama tu...semuanya telah dilakukan oleh hubby mama...kalau mama memang tak terlarat nak memegang kuali tu sambil membersihkan bontot kuali tu..

Macam mana kawan-kawan nampak seperti kuali baru tak..?sedap sikit mata mama memandang kuali ni bila berada di dapur...nak gunakan pun nampak macam kuali baru..puas hati sangat dengan modal RM2.10 dapat beli berus dawai kat kedai eco,mama sudah boleh mendapat kuali lama mama jadi bersih seperti baru jer..kalau kawan-kawan yang ada masalah macam mama ni bolehlah mencuba melakukan cara seperti hubby lakukan di atas tu yer...okay selamat mencuba tips dari mama ni..



Jomlah tengok video semasa hubby mama bersihkan kerak kuali tu...