ASSALAMUALAIKUM...
Darwisy Ke Sekolah Dengan Kasut Baru Pallas | Darwisy satu-satunya cucu lelaki mama akan mula memasuki kelas tahun satu pada tahun hadapan 2019.Teruja sangat Darwisy bila nak ke sekolah dengan memakai kasut barunya dari jenama Pallas Jazz ini..rasanya kasut sekolah yang berwarna putih,lebih lagi nampak kemas dan menarik bila dipakai oleh Darwisy.Kasut sekolah berwarna putih tetap menjadi pilihan pertama mama Darwisy manakala kasut hitam ini mama Darwisy beli sebagai kasut tambahan saja, oleh itu mama Darwisy tetap akan memilih kasut sekolah jenama Pallas ini untuk Darwisy pakai semasa sesi persekolahan Darwisy pada tahun hadapan nanti.
Kasut Pallas adalah merupakan satu jenama kasut yang sudah bertahan lama di pasaran..Kasutnya memang mempunyai kualiti yang baik,selesa dan memang tahan lasak.Memang kasut sekolah jenama Pallas ni adalah pilihan yang terbaik buat Darwisy dan yang paling penting ianya mudah dipakai dan bergaya.
Bagi kanak-kanak tahun 1 seperti Darwisy ini memang memerlukan kasut sekolah yang selesa untuk mereka mudah bergerak aktif semasa di sekolah nanti.Di bawah nanti ada mama sertakan cara bagaimana pemilihan saiz kasut yang betul untuk anak-anak kita, Kasut sekolah jenama Pallas ni, ianya extra light dan ringan saja memang sesuai sangat untuk anak yang bergerak aktif dan yang paling penting ianya mudah untuk dipakai.
Walaupun pemakaian kasut hitam ini masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya tapi mama Darwisy tetap akan memilih kasut putih untuk Darwisy pakai ke sekolah nanti dan kasut berwarna hitam ini pula akan digunakan sebagai kasut tambahan untuk Darwisy.
Disiplin diri untuk membersihkan kasut sekolah putih memang perlu diterapkan dalam diri anak-anak kita sejak dari awal lagi..jadi bermulanya sesi persekolahan 2019 nanti, Darwisy perlu belajar sendiri untuk membersihkan kasut sekolahnya di setiap hujung minggu bagi memastikan kebersihan kasut itu apabila memakainya...yang paling menariknya tentang kasut sekolah jenama Pallas ini adalah, ianya amat mudah untuk dicuci dan lebih cepat keringnya dan yang paling penting kasut sekolah Pallas ini mempunyai sistem pengudaraan yang boleh membuat kaki bernafas semasa mereka berada di sekolah dalam waktu yang panjang.
Di bawah ni mama sertakan sekali info tentang pemilihan saiz kasut sekolah yang sesuai untuk anak-anak kita..lakukan seperti di gambar rajah di bawah ini...
1-Letakkan kedua-dua tapak kaki,luruskan sebaiknya dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas kemudian lukiskan jejak kaki menggunakan pensil.
2-Tandakan X dihujung kedua-dua kaki terpanjang seperti dalam gambar diatas.
3-Letakkan titik pengukuran ditepi bawah kertas.
4-Lukiskan garisan serenjang dari titik X ke titik ukuran penguasa untuk mengenal pasti panjang kaki anda.Kami mengesyorkan agar menambah 1cm ke panjang yang diukur untuk mengenal pasti saiz kasut yang bersesuaian.
Lihat gambar rajah diatas jika panjang kaki anda diukur ialah 26cm,anda adalah disarankan supaya menempah saiz kasut dengan panjang 27cm supaya kaki anak-anak boleh bernafas dengan selesa dalam waktu yang lama di sekolah nanti.



#pallasmalaysia #backtoschool #loveyourfeet