ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Tauhu Sumbat Daging | Inilah menu first time buat dan menu hari pertama berbuka semalam...resipi Tauhu Sumbat Daging yang rupanya tak seberapa ni tapi bila makan memang mables sangat...pada korang yang nak tengok resipi dan cara membuatnya jomlah kita tengok kat bawah ni yer...
Resipi Tauhu Sumbat Daging | Inilah menu first time buat dan menu hari pertama berbuka semalam...resipi Tauhu Sumbat Daging yang rupanya tak seberapa ni tapi bila makan memang mables sangat...pada korang yang nak tengok resipi dan cara membuatnya jomlah kita tengok kat bawah ni yer...
Inilah bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat resipi tauhu sumbat daging ni...
Bahan yang diperlukan daging kisar, tauhu putih,daun sup, bawang besar kalau guna bawang holland lagi sedap, bawang putih, bawang goreng,garam dan serbuk perasa.
Tauhu dipotong tiga segi..mama.beli tauhu yang besar ni semalam tu yang jadi besar gedabak tauhu sumbat ni..jadi kalau nak beli tauhu carilah tauhu yang kecik tapi keras sedikit..
Bila dah dipotong tauhu tu korekkan isi tauhu yang disebelah dalamnya...
Letakkan isi tauhu ke dalam bekas..tepikan dahulu sementara kita tumis bahan untuk sumbatnya...
Potong dadu bawang besar dan bawang putih...
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan sehingga garing..masukkan daging ke dalamnya hingga kering airnya..
Selepas itu ambil isi tahu yang telah dikeluarkan tadi dan masukkan sekali ke dalam daging yang telah dimasak tadi...
Kacaulah sehingga sebati dan tunggu sehingga inti daging ni kering sepenuhnya..
Mulanya tak nak campurkan dengan kentang rebus tapi memandangkan daging yang dimasak tu lerai dan tak melekat terpaksa jugalah dicampurkan dengan sedikit kentang yang telah direbus..masukkan daun sup dan bawang goreng kacau kesemuanya sehingga rata...
Setelah siap masukkan isi daging tadi ke dalam tauhu yang telah di korek tadi...lakuan sehingga selesai...selpas tu bolehlah digoreng dengan salautan telur...terlupa pula nak snap gambar semasa menggoreng semalam...
Inilah hasil tauhu sumbat daging setelah siap digoreng...sediakan sos pencicahnya ikut kesukaan masing-masing...siap juga resepi tauhu sumbat daging mama ni akhirnya...makan masa berbuka puasa hari pertama semalam...pada yang ingin mencuba boleh lakukan sendiri di rumah yee...selamat mencuba dan selamat berpuasa...
p/s nak keluar ikut anak ke branch Shaklee...
10 Comments
wow sedapnya
ReplyDeleteWOWWW ANUM..
Deletewah sedap ni, boleh bookmark nanti buat hehe
ReplyDeleteboleh jer shafqah...
Deletedah jadi tauhu bergedil dah ni mama, campur kentang dengan daging...hihihi
ReplyDeletehahahha tu la...boleh jer sunah janji sendiri mkn...
DeleteSedapnyaaa..nanti nak cuba gak, puasa gini sedapnyaaa makan tauhu sumbat kannn...
ReplyDeletebetul2 tu lin...
Deletewahhh nampak sedap ma..boleh try nanti..
ReplyDeletemmg sedap hernee...cuba la buat...
DeletePost a Comment