ASSALAMUALAIKUM....
Rutin mama setiap pagi selepas anak dan hubby gerak pergi kerja...kemaskan mana yang sepatutnya di sudut garden mama yang seconet depan rumah ni...alih sana alih sini mana yang perlunya...ikut selera sendiri sebab sendiri juga yang nak pandang setiap hari..sapu sampah, bagi pokok minum dan alih mana yang perlu...bila dah siap barulah rasa puas hati...bila dah siap barulah beralih di ruang dalaman rumah pula nanti...



Letak , ubah dan tambah mana yang perlu....Deko pun ikut citarasa sendiri...mana yang nampak elok mama letakkan saja di sini...


Kalau dah minat semuanya dilakukan dengan penuh semangat...


Susunan ikut suka janji hati suka dan gembira...terapi minda untuk mama juga ni...


Kembang jadi peneman mama kat sini...


Ruangan rehat dan bersantai...


Alhamdullilah !! hiasan yang simple di ruangan depan pondok mama ni...janji sedap mata memandangnya...rumah kecik jer tapi hati cukup gembira berada di dalamnya...
"Rumah ku Syurga ku"...