ASSALAMUALAIKUM....
Jejak kaki di Pulau Langkawi jam 3ptg...kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Langkawi dengan selamatnya...kereta sewa yang kami tempah sedia menunggu kami sekeluarga di sana..sampai jer terus cari Hotel Bahagia untuk berehat seketika sebelum memulakan aktiviti di sana...


Sampai di Hotel bahagia terus check-in dulu sebelum keluar semula...ada masalah sedikit ketika sesi pendaftaran ...


Terpaksa menunggu lama sedikit sebelum dapat bilik yang telah kami tempah tu...pekerja hotel yang ada di kaunter bergaduh dengan teman sekerja tanpa berusaha membantu kami...


Melihat kawasan dalaman sekitar hotel ni sambil menunggu bilik kami diberikan...anak mama dah mula kurang sabar masa ni tapi tetap menunggu juga...


Akhir dapat juga bilik yang ditempah...dapat juga berehat,solat sekejap sebelum kami sekeluarga keluar semula untuk memulakan sesi berjalan...


Bilik untuk mama dan 2 anak mama yang lain...memang tempah bilik yang ada Queen bed untuk anak dan mama...anak mama yang ada family ada di bilik sebelah...bilik untuk 1 Queen bed and 1 single bed...




Semua keperluan ada disediakan di dalam bilik ni...ada peti ais,mickrowave,mineral water,coffe,gula dan semua pinggan dan cawan...mama guna peti ais jer sebab nak sejukkan air mineral...makan dan minum kami dah siap makan di luar balik just nak tidur jer...


Hair Dryer pun ada disediakan cuma yang tak bestnya kena iron baju kat luar berhadapan pintu bilik kami...


Bilik air pun okay...semua kelengkapan di bilik mandi ada disediakan...syampo badan,syampo rambut.ubat gigi berus gigi dan tuala semuanya ada..kiranya semua okaylah bilik penginapan hotel yang kami tempah ini...berpatutan juga harga yang diberikan oleh pihak ketiga Agoda...

p/s nak jenjalan lagi..