Monday, September 18, 2017

REVIEW KEDAI EMAS JUMBO | TRADE IN GELANG LAMA

ASSALAMUALAIKUM...
Mama dah beberapa kali ke Kedai Emas Jumbo ni...memang bestlah kalau beli emas kat kedai Emas Jumbo ni...harga yang dijual memang betul-betul ikut berat barang emas yang kita nak beli tu...tak ada kos upah yang dikenakan hanya jadi ahli seumur hidup sebanyak RM30 kalau tak silap mama la dan like facebook mereka..jadi bila datang next time kita akan dapat harga emas dengan harga ahli saja...


jadi harga yang kita perolehi lebih murah dari harga biasa...memang mama dah jadi ahlinya jadi bila nak beli barang kemas memang dapat dengan harga ahlinya...tak ada kos upah dan harga emas lebih murah dari harga yang biasa dijual...pada kawan-kawan yang nak beli barang kemas tu bolehlah ke Kedai Emas Jumbo ini...pasti korang akan puas hati dengan layanan dan servis di kedai ini..



Kononnya saja nak singgah bila lalu depan kedai ini tapi terus terjebak sekali...harga emas dah semakin meninggi daripada hari hubby belikan mama hadiah anniversery hari tu...masa beli hari tu harganya masih murah lagi baru RM198 segram jer...kalau nak tahu ceritanya lebih lanjut tekan sini...

Semalam mama singgah dan tengok harga emas dah meningkat ke RM215 segram...wah !! masa mahal ni memang tak boleh beli emas tapi kalau jual atau tukar tinggi harganya...mama dan hubby cubalah menanya pada sales girl kat situ kalau nak trade in gelang tangan lama mama berapa agaknya harga yang diperolehi...

Boleh tahan jugalah harganya rasa serba salah nak tukar ke tidak..disebabkan gelang tu dah banyak kemek-kemeknya mama teruskan juga pertukaran itu...gelang lama mama bila dikira dia ambil dengan harga RM1,670.00 saja...rugilah sedikit dari harga masa beli dulu...tapi tak apa la kiranya harga dah pakai lama..jadi mama minta sales girl tu tolong carikan gelang tangan yang baru dengan harga gelang lama mama tu...akhirnya dapat juga gelang yang berkenan tapi panjang pula gelangnya...tapi sales girl tu kata boleh dipotong dan harganya akan berkurangan lagi...okaylah mama setuju maka sales girl tu pun buat kerjanya...


Mama dan hubby dok menunggu proses pemotongan dan penyambungan semula gelang tangan tu...makan bertapalah sekejap kami berdua kat depan kedai emas ini...


Sempat snap beberapa keping gambar kedai ni dan barangan yang ada dijual di sini...sambil menunggu kami diberikan air mineral...tekak memang tengah kehausan buka jer dan terus minum...penat juga menunggu proses pemotongan yang sedang dilakukan itu...


Sambil tu servey cincin kawin untuk orang lelaki boleh pakai...ingatkan nanti nak beli cincin kawin anak mama kat sini jer sebab harga yang diberikan memang berpatutan...tengoklah macam mana nanti...kena tanya pengantinnya dulu...


Akhirnya siap juga gelang mama yang baru ini...ambil yang simple saja janji dapat ditukar gelang lama yang dah kemek tu...dapat duit bakinya lagi sebanyak RM12 dari kedai emas tu...


p/s kalau dah menyinggah tu mesti ada saja yang terbekenannya...

2 comments:

  1. wanita dengan emas tidak dapat dipisahkan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu perempuan ni kalau bagi brg kemas mmg suka sangat...

      Delete