ASSALAMUALAIKUM...
Selesai juga pembelajaran anak mama yang last ni setelah 3 tahun belajar...rasa macam baru jer masuk belajar hari tu..akhirnya tamat juga sesi belajar dia...tak.tahulah macam mana nak sambung belajar lagi atau nak terus bekerja...memang ada keinginan dia nak sambung belajar semula tapi tak tahulah macam mana tengok keadaan katanya...

Pas masuk untuk 2 orang saja yang boleh berada di dalam dewan Konvokesyen...mama dan hubby jer yang datang bersama pada hari tu...yang lain tak dapat menghadirinya...


Suasana di dalam dewan  sebelum majlis bermula...


Sebelum majlis sesi pendaftaran pelajar-pelajar dilakukan...setelah itu anak mama dan kawan-kawannya saling bantu membantu membetulkan jubah konvo masing-masing..3 orang kawan baik semasa mereka sama-sama belajar di Kolej dulu..


Alhamdullilah ! segalanya berjalan dengan lancar semasa anak mama belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Johor ini..dah pun selesai sesi pembelajarannya...lepas ni kalau ada peluang mungkin boleh melanjutkan pelajaran semula...


p/s alhamdullilah ! berjaya juga ketiga-tiga anak mama...