ASSALAMUALAIKUM...
Seronoknya kalau berjaya dalam contest "Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest" ini...tapi kalau nak menang kenalah cuba masuk contest ni kan...jomlah mama pun nak cuba juga contest ini mana tahu boleh menang juga ! kalau ada rezeki beraya sakan la nanti..

Favorite iftar dishes 'Ikan Siakap 3 Rasa" ini setiap bulan puasa mesti ada untuk juadah mama sekeluarga..resepi Ikan Siakap 3 Rasa dari mama ni adalah menu simple jer..bahan-bahannya pun senang diperolehi..jomlah kita tengok resepinya di bawah ini yer...


Bahan-Bahan yang diperlukan untuk resepi ini..

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 ekor ikan Siakap
tepung jagung (lumur masa nak goreng)
serbuk Maggi Cukup Rasa
(gaulkan dengan kunyit+garam+tepung jagung)
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuahnya :
10 biji cili api (potong kecil)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 Biji bawang putih (ketuk jer)
halia (dihiris)
1 biji tomato (potong dadu)
sedikit nenas (potong dadu)
cili benggala (potong dadu)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
sedikit daun bawang untuk hiasan
garam,serbuk perasa,gula secukup rasa
minyak

Cara-cara menyediakan:
1-Basuh dan bersihkan ikan siakap.Gaulkan dengan serbuk Maggi Cukup Rasa dan lumurkan dengan tepung jagung dan gorengkan hingga kekuningan.Bila dah siap asingkan.
2-Tumiskan halia,cili padi dan bawang putih setelah garing sedikit masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos ikan.Kacaukan sekejap kalau pekat tambahkan sedikit air.
3-Masukkan bahan yang telah dipotong dadu tadi bawang besar,tomato,nenas dan cili benggala.
4-Setelah mereneh kuahnya tuangkan terus atas ikan Siakap yang telah digoreng tadi.Hiaskan dengan daun bawang dan bolehlah dihidangkan.


Okaylah pada kawan-kawan yang nak lihat barang-barang groceries yang ada dijual di Lazada sempena Bazar Ramadhan ini bolehlah klik di sini..
Banyak barang yang diperlukan ada dijual di sini...semua produk ada produk cooking,baking,snacks,dry food,cereals dan semua barang ada.

Bahan-bahan yang mama gunakan untuk menu kali ini pun ada dijual di Lazada.contohnya Maggi Cukup Rasa ini murah jer harganya... sos tomato dan sos tiram pun ada juga...macam-macam barang yang ada dijual di sini..


Klik [ sini ] untuk lihat..


 Klik [ sini ] untuk lihat..


Klik [ sini ] untuk lihat..


Klik [ sini ] untuk lihat..

Pada yang ingin join contest dari Lazada ini boleh klik sini yer..dan yang ingin tengok sale Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Ria Raya Sale sempena Jualan Bazar Ramadhan Lazada Malaysia yang berlangsung dari 19 May - 30 Jun 2017 klik jer LINK ini...promosi harga sehingga 90%..