03 May 2017

# resepi masakan

RESEPI : DAGING MASAK MERAH

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni mama nak kongsikan menu yang paling anak mama suka sekali...kalau bab makan ni memang semua orang ada kesukaan tersendirikan...okay la jom la kita tengok resepinya yer...mama masak ikut cara dan yang simple jer sebab yang simple tu lebih senang...

Bahan-bahan yang diperlukan..
Daging,sos cili,sos tomato
cili blander,bunga kobis
hirisan bawang (kalau suka)
serai,daun limau
garam,serbuk perasa
daun bawang utk hiasan

Cara memasaknya...
1-Daging direbuskan terlebih dahulu...bila dah empuk angkat dan hiris nipis-nipis...gorengkan sedikit daging tadi bila dah siap letak tepi dahulu.
2-Ambil cili blander tumiskan sehingga garing,masukkan serai..setelah itu masukkan sos cili dan sos tomato...kacaukan sehingga sekata..
3-Kalau pekat tambahkan air sedikit jika suka berkuah...masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa..
4-Akhir sekali masukkan daging yang telah dihiris dan digoreng sedikit tadi,hirisan bawang dan bunga kobis..masukkan daun limau dan gaulkan kesemuanya hingga sekata.
5-Daging masak merah siap untuk dihidangkan..untuk hiasan taburkan hirisan daun bawang atau daun sup di atasnya...menu simple siap juga untuk dihidangkan bersama lauk  dan menu yang lain juga..
selamat mencuba semua.

Kalau nak tahu entri berkaitan 

p/s memasak dari hati buat insan tersayang...


6 comments:

  1. Sedapnya.. makan lak dengan nasi panas-panas.. Tetibe cam nak makan daging lak malam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah boleh la masak utk mkn mlm nanti..

      Delete
  2. bestlah masuk blog banyak resepi..boleh lah jadikan menu malam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh eda...cuba jer yg mana suka...

      Delete
  3. terseksa perut datang sini pagi2 hahaha

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete