ASSALAMUALAIKUM...

Dah sampai bulan terakhir di penghujung tahun 2016...selamat datang Disember...bulan Disember adalah masa anak-anak kita berehat dan bercuti dari sesi persekolahan untuk tahun 2016 ini...bulan Disember ini jugalah akan adalah banyak majlis-majlis jemputan yang akan kita terima dari saudara mara dan jiran tetangga..biasanya akan ada ramai yang mengadakan majlis kenduri kawin di masa cuti sekolah yang panjang begini..juga bagi anak-anak yang berkhatan akan ada majlis kenduri berkhatan...selamat berkhatan bagi mereka..bermacam-macam majlis lagi la.
semuanya boleh dilakukan di penghujung tahun begini...pada yang dah planning ingin bercuti mesti dah bersiap sedia hendak membawa anak-anak bercuti di dalam negara atau di luar negara...pada hujung tahun begini jugalah musim hujan pun akan berlaku...diharap kawan-kawan yang berada di kawasan-kawasan yang biasa dilanda banjir akan terus berjaga-jaga dan berhati-hati yer...semoga semuanya selamat dan dapat melakukan apa jua yang telah kita plankan awal-awal lagi...

-Selamat Bercuti Semua-