ASSALAMUALAIKUM...
Baru hari tu mama buat entri yang mama tak dapat teruskan percutian kerana ada masalah lain yang perlu diselesaikan tiba-tiba dapat pula join contest ini...yer la mana tahu ada rezeki mama kali ini dapat bercuti ke tempat yang mama ingin pergi...kalau berjaya memang seronoklah.. tercapailah juga hasrat di hati mama ni kan..sebenarnya mama ingin sangat pergi ke Korea pada musim bunga..teringin sangat nak lihat bunga-bunga mekar yang cantik di sana pada musim bunga..moga adalah rezeki la untuk mama dan family yer..


Mujurlah Traveloka menganjurkan satu contest YOU NEED A HOLIDAY LAH!...banyak hadiah menarik dan yang cukup lumayan sekali..pada kawan-kawan yang ingin bercuti bolehlah layari laman web TRAVELOKA..senang,boleh booking tiket dan hotel sekali...lebih-lebih lagi sekarang ni ada promosi tau... 

Dalam contest ini Traveloka telah menyediakan 10 destinasi luar dan dalam negera...jadi kenalah pilih salah satu tempat destinasi yang ingin dituju..doakan mama berjaya mencapai impian menjejakkan kaki ke bumi Korea K-Pop ini yer...kalau dapat jumpa pelakon drama Korea "Legend Of The Blue Sea" Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun pun best jugakan...wah ! berangan jer la mama ni...In sha Allah kalau berjaya la.....


Jom mama nak kongsikan destinasi yang paling ingin sekali mama nak pergi...kalau berjaya mama ingin ke Korea negara K-Pop tu...sebenarnya banyak tempat yang menarik di Korea ni...tapi mama nak pergi ke tempat yang paling banyak bunga dahulu..nak pergi pun dalam musim bungakan..mesti nak cari tempat yang berbunga dulu..okaylah jom mama senaraikan tempatnya satu persatu dulu yer...tempat yang tak ada bunga pun nak pergi juga bukan tak mahu pergi...rugilah kalau dah sampai ke Korea ni tak singgah ke tempat-tempat yang best di sini...

1-YEOUIDO PARK


Tempat pertama dalam list mama adalah YEOUIDO PARK..dengar cerita pada musim bunga YEOUIDO PARK ini akan dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik...tempat ini menjadi tarikan pabila datangnya musim bunga..kita akan dapat melihat banyak deretan pokok bunga cherry blossom dan sakura di sini..pada musim bunga jugalah di sini diadakan Festival Musim Bunga...seronoknya mama kalau dapat melihat sendiri bunga-bunga Cherry Blossom dan Sakura di sini nanti...nak juga pegang bunga sakura semasa berada di sini...dapat berjalan di sini memang mendamaikan hati rasanya...

2-EVERLAND THEME PARK


EVERLAND PARK ini adalah taman tema terbesar di Korea Selatan..Ianya terletak di Everland Resort di Yongjin sebuah bandar di Gyeonggi..terdapat bermacam-macam jenis bunga yang ditanam di dalam kawasan taman tema ini...taman tema ini kerap dikunjungi dan hampir 7.3juta pelawat setiap tahun dan ianya kini berada di tangga ke 16 dunia..jadi destinasi mama ke sini nanti pasti amat menyeronokkan sekali... 

Dapat melihat bermacam-macam jenis bunga tulip dan juga boleh bermain bermacam-macam jenis permainan di sini...kalau kat Johor ni mama selalu jer masuk ke taman tema Legoland jadi kali ni nak ke Everland Park ini pula...kat legoland tak ada taman bunga seperti yang ada di sini...nak juga lihat dan rasai sendiri apa yang menyeronokkan apabila datang ke sini...pastu nak snap gambar banyak-banyak sebab semua tempat penuh dengan bunga yang berwarna warni...macam ni kenalah sediakan pen drive yang 70 atau 80 GB...

3-OEDO BOTANIA


Oedo Botania ini adalah tempat terakhir pengambaran drama Korea Winter Sonata...tempatnya memang menarik sekali...kalau dah sampai ke Korea memang rugi tak datang ke sini sekali...pemandangan yang cantik dan menarik bila berada di sini...bolehlah snap gambar banyak-banyak nanti untuk simpanan sendiri...

4- GYEONGBOKGUNG PALACE   


 GYEONGBOKGUNG juga dikenali sebagai ISTANA GYEONGBOKGUNG atau GYEONGBOKGUNG PLACE ianya merupakan istana utama Dinasti Joseon...Istana ini telah dibina pada tahun 1395 dan terletak di Utara Seoul Korea Selatan..memang cantik senireka bentuk bangunan istana ini..biasanya mama dapat lihat istana begini di dalam drama Epik Korea di tv saja...tapi kalau dapat ke Korea maka tercapailah hajat nak tengok istana ini di depan mata sendiri..
             
5-NAMI ISLAND


Nami Island. Wah !! nak juga ke sini sebab nak lihat tempat yang menarik semasa pengambaran drama Winter Sonata dulu...tapi masa pengambaran drama Winter Sonata dulu Pulau Nami ni semuanya dalam keadaan bersalji...tapi kalau musim bunga macam mana pula pemandangannyakan..mungkin macam kat belakang gambar tu kot..mama nak juga sampai ke sini nanti...nak lihat sendiri keindahan Pulau Nami ni...

7-NAMDAEMUN MARKET



Kalau dah dapat berjalan ke Korea mesti nak bawa balik buah tangan ke Malaysia untuk kawan dan saudara di Malaysia...jadi tempat yang paling best nak shopping adalah di Namdaemun Market ni..di sini bermacam-macam barangan cenderhati,baju,kain,kerongsang dan bermacam-macam lagi semuanya ada...memang best kalau dapat ke sini untuk bershopping...kalau kat Kuala Lumpur macam Petaling Streetlah juga keadaannya...tapi kalau nak shopping tu kenalah pandai-pandai memilih barangan yang ada dijual disana yer...kalau dah sampai ke sini nanti mesti rambang mata dibuatnya...

Namdaemun Market ini adalah pasar tradisional yang terbesar di Seoul Korea Selatan..Pasar ini terletak bersebelahan dengan Namdaemun "Selatan Gate Great" yang merupakan pintu utama selatan ke bandar lama..Ianya adalah pasar yang tertua dan terbesar di Korea..mesti seronok agaknya dapat jenjalan di sekitar Namdaemun Market ni...boleh cuci mata dan bershopping di sini...

8-RESTOREN MAKANAN HALAL


Kalau dah pergi bercuti di tempat yang asing memang kena cari restoren yang halal untuk kita menjamu selera..nak juga rasa makanan halal kat Korea ni..kimchii,bibimbap,tuna kimbap,tteokbokki,japchae,ramyeon,bulgogi...dah banyak nama makanan Korea ni.. semuanya nak rasa..jadi kenalah cari restoren yang sememangnya betul-betul halal yer..memang terdapat banyak restoren yang menjual makanan halal di Korea ni...kebanyakkan restoren yang menjual makanan halal banyak terletak di Itewon..di Itewon ini memang sudah terkenal dengan kawasan yang mempunyai banyak restoren yang menjual makanan halalnya...jalan-jalan cari makan la bila perut lapar kan...

Memang banyak list tempat yang mama nak pergi ni...tapi tak tahulah dapat pergi kesemuanya ke tidak...tak apalah alang-alang dah ada #MYTRAVELOKAESCAPADE yang menaja..oleh itu haruslah pergi juga biar puas hati dapat ke semua tempat..
jom kita bercuti !! pilih saja ke mana destinasi yang ingin dijelajahi..
Okay la...Selamat Bercuti Semua..!!

sumber gambar di atas mama kreditkan ke Mr.Google yer..