ASSALAMUALAIKUM...

Ini adalah hari terakhir ketika kami sekeluarga bercuti di Melaka tempohari...check out dari homestay terus kami ke restoren ini untuk makan tengahari sebelum kami mula bergerak pulang ke Johor...


Memang sedap dan berselera kami sekeluarga menjamu makan tengahari di sini..lauk pauk yang dihidangkan pun sedap sesuai dengan selera kami...kami buat untuk hidangan untuk sekeluarga terus...


Inilah menu-menu yang hubby dan menantu mama mahukan untuk santapan kami sekeluarga...udang galah masak lemak..seekor udang galah ni saja sudah berharga rm30..dek kerana dah lama tak pekena udang galah ambil jugalah 2ekor..


Masak lemak ketam pun ada juga...ambil 2 ekor juga...bila tengok semula gambar ni masih terasa lagi kesedapan masakannya...


Sayur feveret mama hubby yang orderkan...sebab hubby tahu selera bini die ni..pucuk manis masak lemak...masak lemak lagi..aje badan penuh lemaklah hari ini...Tapi sedap lawan dengan sambal belacan..bertambah-tambahlah nasi...


pekena pulak dengan ulam pucuk tenggek burung yang dah lama tak jumpa...sambal belacan dan cencaluk..itu yang berselera sangat kami sekeluarga menjamu selera di sini...puas hati bila perut dah kekenyangan..bayar mahal sikit pun tak apa janji sedap dan kenyang perut...bila selesai kami bergerak semula dan menuju ke destinasi seterusnya Johor...


p/s next trip family day...