ASSALAMUALAIKUM...
Semoga pagi ini membawa keceriaan pada diri kita dan kawan-kawan semua...tiada apa yang lebih baik dari dapat menikmati suasana alam ciptaan Allah di pagi yang indah ini...tanpa mengalami kesakitan dan kedukaan..

Seawal pagi memang dah menjadi kebiasaan hubby mama untuk mengetahui keadaan tekanan darah dan kandungan gula dalam badannya..dalam melihat hubby melakukan ujian kandungan gula dalam badannya mama pun turut menyibuk juga nak tahu macam mana kandungan gula dalam badan mama ni...biasalah umur dah semakin berusia ni semuanya nak kena dijaga kalau tidak semua penyakit mudah menyinggah...


Alhamdullilah !! setelah diambil darah untuk diuji inilah hasilnya..kandungan gula dalam badan mama ni normal jer kata hubby...walaupun normal tapi kena juga berhati-hati semasa hendak mengambil sesuatu makanan bergula ini..tidak boleh makan berlebih-lebih sangat kena dijaga dengan rapi juga mana tahu satu hari nanti ada masalah pula..semoga diberikan kesihataan yang sempurna hendaknya..aamin..

p/s sekejap jer dah hari khamis semula..