SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah lama nak cerita bendalah ni kat kawan-kawan tapi ada saja halangannya...hari ni mama nak bagitahu bagaimana keberkesanannya bila kita menggunakanya...bila tengok iklan "Eco Cleaner Catchmop"kat tv Astro GoShop ni terus teringin nak mencubanya sendiri...terus telepon dan order 1 set...seminggu jugalah lamanya nak tunggu mop ni sampai ke tangan mama...luar kawasan agaknya..courier  guna yang agak bernama tapi lambat juga sampainya...masa barangan ni sampai hari tu pun banyak juga lagi barangan dari Astro Goshop yang hendak dihantar sekali pada hari tu...



Ini dia catchmop yang telah mama terima hari tu...semua barangannya ada dan lengkap sekali...ada batang mop juga semua jenis kain pengelapnya sekali...harga kesemua set ini adalah RM179 termasuk penghantaran...


kain catch mop yang ini digunakan untuk mengelap permukaan sofa kulit yang kotor..


catch mop ini digunakan untuk membersihkan di bahagian dapur dan bilik mandi...


Yang ini pula boleh digunakan untuk mengelap di semua bahagian rumah...


Catchmop ini pula digunakan untuk menghilangkan habuk dan mengelap di bahagian tingkap dan cermin...


catch mop yang ini pula untuk mengelap lantai yang berjenis kayu dan menghilangkan habuk di celah-celah lantai kayu...


berus yang telah ada disediakan sekali...berusnya memang cukup lembut untuk memberus membuangkan kekotoran yang melekat pada kain mop yang telah digunakan...


pertama kali mama menggunakan catch mop ini memang ianya berkesan sekali...terasa kerja membersihkan habuk cukup senang...tiada kesan habuk berterbangan pun dan semuanya terus melekat di kain catchmop itu...cukup memuaskan hati mama..elok juga bagi mama dapat menggunakan catchmop ini kerana mama sememangnya amat sensitif dengan habuk...


lihatlah tempat yang penuh habuk pun terus hilang dan habuk terus melekat di kain catchmop itu..tiada kesan tinggalan habuk sedikit pun...


habuk yang telah melekat di kain lap catch mop itu akan terus melekat sehinggalah dibasuh semula dengan air bersih...boleh digunakan kembali setelah dibersihkan...

p/s senang buat kerja ....