SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hubby dari hari tu dok sibuk nak cari tempat untuk berurut...dah mula-mula sengal tapak kaki katanya...kebetulan pagi tadi mama dan hubby ke pasaraya Evonsave untuk mencari sedikit barangan dapur bila keluar ternampaklah satu tempat urut kaki disitu...hubby apa lagi teruslah bertanya dan terus duduk disitu...

pucuk dicita ulam mendatang hubby memang nak sangat cari tempat urut kaki begini...apa lagi mula la proses mengurut dimulakan...lagi pun tak berapa mahal juga charge yang dikenakan di sini hanya Rm25 untuk setengah jam...selepas siap berurut tu hilang semua sengal-sengal di tapak kaki hubby...memang bestlah katanya...lepas ni bolehlah buat treatment lain pulak..

p/s lain kali mama pun nak cuba juga la...