Assalamualaikum...
Cerita semalam...pagi-pagi lagi mama dan hubby dah ke Tesco Di Bukit Indah...selepas menghantar anak pergi kerja di Legoland kami pun singgahlah ke sana...mama sebenarnya memang nak cari stok lauk untuk seminggu di Tesco ni...beli la mana yang perlu buat stok dalam peti ais tu...senang bila nak masak hari-hari nanti...bila dah sampai ke rumah memang banyaklah kerja yang perlu dilakukan...
Bila bab siang menyiang ni memang banyak yang perlu dilakukan jadi kerja begini mama serahkan pada hubby sebab dia sendiri yang mengoperkan diri untuk menyiang ikan,ayam dan sotong...mama hanya melakukan tugas memasak untuk menu makan tengahari saja...senang sikit la kerja mama sebab bab siang menyiang ini memang satu kerja yang rumit dan memakan masa sekali jadi bila hubby nak menolong memang seronok la mama...
seronok sebab hubby ada sekali menolong di dapur sambil melakukan kerja masing-masing kami berdua sempat juga berbual-bual dengan cerianya di dapur..itulah yang buat semakin sayang mama kat hubby ni...ini dah kes memuji hubby sendiri pulak ! tapi tak apa la janji kami bahagia...
Bila dah siap semua kerja yang perlu hubby lakukan ! tugas untuk menyimpan diserahkan semula kepada mama.. jadi mama lah yang memasukkan semua stok itu ke dalam tupperware dan menyusun satu persatu tupperware itu ke dalam peti ais dengan cara yang betul dan tersusun...itu pun masih tak muat nak masukkan lagi jadi letak jer dalam plastik beg...
p/s siap juga proses penyiangan,pembersihan dan penyimpanan...
6 Comments
syukur dapat suami yang rajin menolong kan kak.. mudah dah kerja memasak bila dah siap siang macam ni..
ReplyDeletehehe..oklah tuh..seronoklah mummy sbb xyah buat keja siang menyiang tuh..hehe
ReplyDeletesy pun suka beli stok seminggu..tugas menyiang mmg hubby akan offerkan diri juga..alhamdulillah..ringan sikit kerja..hehe
ReplyDeleteseronoknyaaa ada hubby yg suka membantu di dapur kan hehehe...
ReplyDeletewahh.. banyaknya stok.. :))
ReplyDeletesenang nanti nak guna masa nak masak, benda byk dah prepare kan :D
ReplyDeletehanisamanina.com
Post a Comment