SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pagi-pagi lagi dah menghadap tv budak kecik sorang ni...inilah salah satu rancangan kegemaran Awisy selain Hi5 dan cerita Upin Ipin...bila dah hari-hari mendengarnya Awisy pun turut ikut sekali berzikir dalam bahasa yang kita sendiri tak berapa nak faham...biasanya zikir ini kita boleh lihat di tv Oasis di cannel Astro setiap kali hendak masuk waktu solat 5 waktu...

Sebenarnya grandma rakamkan terus alunan zikir ini ! jadi bolehlah Awisy dapat menontonnya selalu...itulah yang selalu Awisy lakukan bila dia minta dibukakan rakaman ini...yang paling ketaranya adalah bila azan berkumandang Awisy akan membuat isyarat mulutnya dengan jarinya siap berbunyi lagi tu...dah faham sangat dengan isyarat itu yang mahu semua orang senyap bila azan dialunkan...

bila dah selalu mendengarnya Awisy dah semakin pandai mengikut alunan zikir tu...dari zikir mulut si kecik ni faham jugalah sepatah dua ayat yang mampu Awisy sebutkan...tak apa la lama-lama bila dah pandai bercakap nanti pandai jugalah Awisy nak melagukannya zikir itu...grandma doakan moga bila besar nanti bolehlah jadi seorang Ustaz yer...

p/s bagus untuk membentuk minda kanak-kanak...