SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


tengok gambar je memang teringin nak makan lagi rojak kangkung sotong ni...tapi hari ni dah ada menu lain ! jadi keluarkan resepi jer la kat sini yer....nak buat rojak ni senang je tapi kenalah ada bahan-bahannya...jom kita tengok bahan yang diperlukan...

kangkung,sotong,cili yang dah diblender,perencah rojak/petis,kicap,sos tiram,kacang tanah tumbuk dan sedikit bijan yang disangai...

cara nak buatnya senang je mula-mula kita siap sediakan sotong,kangkung dan bahan yang perlu ada...sotong tu eloklah direbus dahulu yer...kalau nak tambah timun ke! sengkuang ke ! terpulang pada kawan-kawan ikut suka jer yer...kita yang buat dia nak jadi lebih sedap atau tidak...

lepas tu buat sosnya...mama lebih suka masakkan sedikit sosnya dulu...tumiskan sedikit cili blender tu hingga garing masukkan sos tiram,perencah rojak/petis,kicap dan gula sedikit dan masakkan hingga pekat nak sedap boleh tambahkan gula merah atau gula melaka...bahan-bahannya ikut suka kawan-kawan kalau nak buat banyak kenalah lebihkan kalau sedikit kurangkanlah sedikit...

bila dah siap sosnya masukkan saja sotong,kangkung tu gaulkan hingga sebati letakkan dipinggan taburkan kacang tumbuk dan bijan yang telah disagai...boleh dimakan begitu saja atau jadi lauk untuk hidangan makanan...memang best hasilnya...dan kawan-kawan bolehlah mencubanya sendiri....selamat mencuba yer kawan-kawan semua...