Assalamualaikum...
Rasanya dah lama sangat mama tak keluarkan petua-petua dari orang lama-lama ni..hari ni mama nak postkan beberapa petua untuk kawan-kawan jiran mama semuanya...moga salah satunya nanti ada juga gunanya bila diperlukan..
1- Rawat Kaki Terseliuh
kaki terseliuh ni kekadang tu memang tersangatlah sakitnya jadi di sini mama nak bagitahu petua yang mudah untuk dilakukan apabila kita nak merawatnya.Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak kemudian tu sapukan pada tempat kaki yang terseliuh tadi.kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa atau kain inshaAllah kaki yang terseliuh itu akan sembuh.
2-Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk
Bila digigit nyamuk ni memang akan terasa kegatalan dan kesakitannya..cara yang paling mudah mengatasinya ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa...sapukan dibahagian yang digigit nyamuk tadi..selepas beberapa minit pasti tiada lagu bekas gigitan nyamuk dan rasa gatal juga akan hilang...selamat mencuba
3-Kulit Muka Licin
Kalau tidak mampu nak membeli produk yang mahal dipasaran mulakanlah mengamalkan cara mudah ini...Ambil asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak,sapu pada muka sehingga kering kira-kira 30minit...setelah kering bolehlah dicuci dan jika ada jerawat letakkan lebih sedikit pada jerawat itu...amalkan selalu dan kulit akan licin dan tidak berjerawat tapi cara ini tidak sesuai untuk kulit muka yang kering..
4-Telur Sembuhkan Kulit Melecur
Jika kulit kita melecur terkena minyak panas,ia boleh disembuhkan dengan menggunakan telur...sapukan telur di atas kulit melecur itu dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih..cara ini juga membantu agar tidak meninggalkan parut.
selamat mencuba kawan-kawan semua...
2 Comments
Daun tembaga suasa tu macamanalah rupanya Mas kakak ni kata aje org kampung tapi tak tahu...
ReplyDeleteyg asam jawa tu menarik lah mama..hehe
ReplyDeletePost a Comment