SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni pagi-pagi lagi mama dah suruh hubby cari suratkabar Utusan Malaysia...bukan apa cuma nak tengok dan baca artikel tentang kereta lembu yang disiarkan hari ni...En.Rafie Azimi dah bagi tahu mama awal lagi bahawa artikel tentang kereta lembu ni akan disiarkan pada hari ini...itu yang bergegas suruh hubby cari paper awal-awal pagi tadi...

kebetulannya memang nak sangat tengok cerita mama dalam paper tu...gembira juga la dapat masuk suratkabar ni walaupun mama bukan retis hehehee...yang paling geli hatinya bila tengok gambar mama masa muda-muda dulu tu..bergambar pun dengan penuh posing dekat kereta lembu arwah abah tu... 

memang malu betul tengok gambar mama masa zaman remaja tu..hehehhee memang tak sangkalah ada juga yang sudi ingin mengetahui cerita mengenai mama menaiki kereta lembu semasa kecil dulu..bila difikir-fikirkan sememangnya memang bagus juga bila kita berblogging ni kisah dan pengalaman yang kita tulis di blog boleh diketahui oleh semua orang lebih-lebih lagi tentang kisah kehidupan yang kita lalui semasa kecil dulu...


terimakasih mama ucapkan pada wartawan Utusan Malaysia En.Rafie Azimi yang menemuramah mama melalui telefon tempohari... 

p/s  ke Port Dickson..