20 July 2013

# petua dapur

Tips Menghilangkan Bau Peti Ais

SALAM  1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam entah macam mana suis peti ais di rumah mama ni boleh tertutup agaknya...memang tak sedar langsung yang peti ais tu dah tak berfungsi...almaklumlah bulan puasa macam ni memang jaranglah siang hari nak membukanya...sedarnya apabila mama nak mengambil ikan yang disimpan di dalamnya untuk memasak semalam....betapa kuatnya bau busuk peti ais tu...terpaksa dibuangkan jer ikan-ikan yang ada di dalamnya tu...

nasib baik yang tak berfungsi tu peti ais yang lama dan kecik tu kalau yang besar tu memang haru dibuatnya....lagi satu peti ais yang baru sekarang ni memang ada berlampu di depannya jadi mama boleh tahu la yang ianya masih berfungsi tapi yang kecik ni memang tak ada lampunya tu yang susah nak tahu... 

Susah juga nak menghilangkan bau busuk dari peti ais tu dan terpaksalah dibersihkan dahulu untuk memberikan kelegaan semua penghuni rumah ni..macam-macam petua yang biasa kita dengar ada yang suruh letakkan arang kayu,nenas atau esen vanilla...jadi dok sibuk mencarilah bahan apa yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau peti ais tu...


salah satu petuanya adalah menggunakan baking soda.. kebetulan dalam peti ais tu memang ada baking soda jadi mama ambil beberapa sudu bancuhkannya dan lapkan ke kawasan yang berbau tu...bila dah dilapkan letakkan baking soda yang sudah dibancuh tu di dalam peti ais untuk lebih cepat menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan itu...

Bila bangun sahur pagi tadi alhamdullilah berkesan juga petua yang digunakan ini...hilang sudah bau yang kurang enak di dalam peti ais mama ni...bagi kekawan yang mempunyai masalah yang sama cubalah salah satu petua ini dan diharap ianya dapat dimanfaatkan dimasa-masa hadapan...

13 comments:

  1. wahhh dah lama cari tips untuk ni mama..tak pernah cuba lagi cara ni..tq

    ReplyDelete
  2. dulu waktu belajar sy ada masalah mesin peti ais ni berbau. kitorang end up bsuh peti ais tu dengan sabun.. result dia, sebulan makanan berbau sabun hahaha

    ReplyDelete
  3. first time dgr petua nih, guna baking soda.. biasanya guna esen vanilla / pandan.. :)

    ReplyDelete
  4. Penah dgr tips tu..brkesan la eh..ley try..hu3

    ReplyDelete
  5. tq mama share info ini... :)

    ReplyDelete
  6. owh leh cuba ni,,,,bln ramadhan peti sejuk sesak


    psst..saya ada jual rempah masak hitam...
    jom try rasa rempah masak hitam
    mana tau membuka selera puasa ni,
    atau tuk raya nnt..
    tq

    ReplyDelete
  7. Baru tahu hehe tq share

    ReplyDelete
  8. penah baca petua ni dlm buku..letak daun pandan pon ade
    klo peti ais berbau..mmg pening nak bukak 2-3 kali kan mama

    ReplyDelete
  9. salam mama..petua yg baik..thks kongsi

    ReplyDelete
  10. Bagus petua ni.. Tq kak

    ReplyDelete
  11. bagus gak ni, boleh pakai nanti balik karang..

    ReplyDelete
  12. Huishhh first time tahu petua ni, bolehlah ena suruh mak ena buat. Letak kat peti ais barangan basah.

    ReplyDelete