SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Masa BW ke rumah jiran-jiran tadi mama terbacalah satu n3 dari teman blogger kita ini menceritakan pengalaman beliau semasa ke klinik pergigian...sebut jer nak pergi klinik gigi mesti ada kekawan mama kat sini yang rasa berat hati sangat nak ke sana...

kenapa ek kalau sebut aja nak pi klinik gigi pasti ramai yang merasa takut...kekadang tu ada yang sanggup menahan kesakitan dari pergi mendapatkan rawatan...apakah yang menyebabkan kekawan merasa takut hendak ke klinik pergigian ni ek...?

Entahlah susah juga mama nak menjawab bagi soalan ini hanya kekawan yang ada perasaan itu je la yang boleh menjawabnya...ada tak kekawan mama kat sini yang takut ke klinik pergigian ni???kalau ada boleh bagitahu tak kenapa dan bagaimana perasaan kekawan bila nak ke klinik pergigian tu dan apakah yang membuat kekawan berasa takut sangat ...
Semasa mama bekerja sebagai pembantu doktor pergigian dulu memang ramai pesakit yang datang semasa gigi mereka sudah mula merasa sakit...sebenarnya gigi kita ni kalau dah sakit baru hendak pergi berjumpa doktor memang lambat sikitlah nak hilang rasa sakitnya tu...doktor akan bagi ubat penahan sakit dahulu bila dah hilang rasa sakit baru boleh datang semula untuk proses membuang gigi yang tak elok tu....

doktor gigi sendiri akan menasihatkan pesakitnya yang sedang menderita sakit gigi itu supaya tidak mencabut gigi mereka ketika gigi itu sedang sakit sebabnya akan timbul banyak masalahnya nanti kalau diteruskan juga mencabut gigi yang sedang sakit tu tapi kalau berani nak cuba apalah salahnyakan... 

Pada mama klinik pergigian ini adalah salah satu klinik yang boleh membuatkan gigi kita akan sentiasa kelihatan cantik,sihat dan inshaAllah jika kita selalu menjaga gigi kita masalah untuk mengalami kesakitan gigi pasti berkurangan...itupun jika kita selalu pergi membuat pemeriksaan gigi kita mengikut masa yang sepatutnya...oleh itu kekawan janganlah takut-takut nak pergi berjumpa doktor gigi tu yer...

p/s seronok pula masa jadi misi gigi dulu...