SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sehari suntuk kami sekeluarga penat berjalan dan berseronok di Legoland....semua ride di sana anak-anak mama jelajahi hanya mama dan hubby saja yang kurang sedikit hanya menaiki menaiki permainan yang tidak memerlukan tekanan yang tinggi nanti sakit jantung dibuatnya..


 kami berdua hanya dok leka menjaga Awisy saja nasib baik Awisy tidak banyak ragamnya hari itu...tetapi terasa juga kepuasannya dapat berjimba bersama-sama family mama semasa di sana..
  

berehat2 sebentar sambil melihat pemandangan di sana dan memang terdapat banyak kerusi yang disediakan disana untuk semua pengunjungnya...nasib baik pada hari kami ke sana keadaan cuaca redup jer jadi tidaklah terlalu keletihan sangat...


ride yang memang menguji ketahanan mental dan fizikal...pada yang tidak mampu ada sakit jantung memang dinasihatkan janganlah menaiki rollercoaster ini... 


menaiki tower ini pun best tak terlampau ada tekanan sangat menaikinya pun relax jer...seronok dapat tengok pemandangan Legoland yang luas dari atas tower ini...


teater 4D yang seronok...ramai yang beratur panjang untuk melihatnya tapi kalau pergi pada hari biasa memang kurang ramai orang yang datang....senang je nak masuk...


jangan risau di Legoland ini ada disediakan tempat riadah bagi ibu-ibu yang membawa baby dan juga disediakan juga surau tempat untuk kita bersolat bila sampai waktu solat...satu surau ada dibahagian belakang dan satu lagi surau itu terdapat di bahagian hadapan kiri pintu masuknya ...